berita

Angkat Semangat Malaysia, 6 Video Merdeka 2019 Ini ‘Throwback’ Habis!

August 30th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Tanggal 31 Ogos menjadi tarikh paling bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia mengimbau kembali pengorbanan nenek moyang kita bergadai nyawa demi mencapai kemerdekaan. Tahun ini seperti kebiasaan, banyak video iklan merdeka yang dihasilkan dan sepastinya dinanti segenap masyarakat.

Tidak dinafikan juga iklan merdeka ini membawa mesej bermakna dan mempunyai jalan cerita yang akan bermain dengan emosi penonton. Jadi, antara kesemua iklan merdeka 2019 manakah menjadi kegemaran anda seiring 62 tahun negara kita mencapai kemerdekaan?

UNI dari Petronas

UNI dari Petronas ini telah mendapat sebanyak 3.6juta tontonan di laman Youtube. Kisah ini berlatarbelakangkan kehidupan seorang pelajar bernama Roger Buang dari Sabah yang baru sahaja berdaftar pengajiannya di Universiti Teknologi Petronas.

Kisah yang mengangkat tema persahabatan ini pasti akan membuatkan anda throwback semula zaman belajar dulu.

Projek Footbraille

Iklan Hari Kebangsaan dari Digi ini membuatkan kita throwback semula detik-detik kegemilangan pasukan Malaysia dalam arena bola sepak. Umum sedia maklum, sukan bola sepak membuatkan hubungan kita sebagai rakyat Malaysia bersatu. Bola sepak mengeratkan lagi hubungan semua kaum dan agama.

Lebih menarik lagi, video ini mengetengahkan projek Footbraille, iaitu peranti yang boleh membantu golongan OKU penglihatan merasai dan menghidupkan kembali peristiwa bermakna buat seluruh warga Malaysia. Kini, semua orang mampu menghayati setiap peristiwa penting tanpa halangan.

Ketepikan perbezaan warna

RHB Group juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan video untuk Hari Merdeka bagi tahun ini. Iklan merdeka dari RHB ini mengangkat tema perbezaan warna kulit yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Perbezaan warna kulit bukanlah penghalang untuk masyarakat Malaysia hidup harmoni.

Apa yang lebih menarik lagi adalah video ini tiada langsung dialog dan hanya warna pakaian yang berperanan penting dalam menyampaikan mesej kepada penonton.

Hidup Bersama

Kali ini AirAsia tampil dengan konsep video Merdeka dan Hari Malaysia yang lain dari lain. AirAsia tampil dengan puisi hasil nukilan teragung sasterawan negara, Dato Seri A. Samad Said. Puisi berjudul Hidup Bersama ini dideklamasikan oleh Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa yang menjadikan kita rakyat Malaysia?

Maxis juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan video bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Kali ini Maxis mengetengahkan beberapa ikon kelahiran Malaysia termasuk Dato Chef Wan, Farah Ann, Deborah Priya Henry, Puan Sri Tiara Jacquelina dan ramai lagi.

Getaran Pertama

Getaran Pertama dari Celcom juga menarik perhatian netizen. Mengimbas kembali usaha Bapa Kemerdekaan kita untuk menubuhkan koir atas minat muzik yang sama. Video ini mempunyai jalan cerita yang menarik untuk kita tonton bersama supaya kita tidak lupa akan asal usul.

Sumber: Youtube

SKIP THIS AD ×