berita

Angkat Tema #KITABERSAMA, Peminat Kini Boleh Undi Artis Kesayangan ABPBH34

September 13th, 2021 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Sekali lagi menerapkan norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali untuk edisi ke-34 dengan mengangkat tema #KITABERSAMA.

Kesinambungan tema ABPBH 33 iaitu #ABPBHKITA2020, acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini mengajak rakyat menyemarak semangat muhibah, perpaduan dan kekitaan dalam memerangi penularan COVID-19 serta membantu kerajaan mewujudkan imuniti berkelompok.

Boleh mula mengundi sekarang!

Selain mengiktiraf bakat dan populariti artis atau selebriti tempatan, ABPBH 34 yang bakal diadakan pada 13 November nanti mahu memberi penghargaan kepada petugas belakang tabir industri hiburan termasuk kru produksi, kumpulan teknikal, pengurusan dan sokongan yang menjadi tulang belakang kejayaan sektor kreatif. Penghargaan juga diberi kepada kumpulan penggerak penting dalam proses penerbitan kandungan untuk penonton di rumah pada era pandemik COVID-19.

ABPBH 34 membawa sedikit kelainan pada tahun ini sesuai dengan usia penganjurannya melebihi tiga dekad. Mempertandingkan 14 kategori utama dan enam (6) kategori online, pemilihan artis kegemaran boleh dilakukan bermula 10 September yang lalu sehingga 3 Oktober ini menerusi laman web ABPBH 34 di www.abpbh.com.my. Undian pula boleh dilakukan sama ada secara percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama telefon pintar nombor satu di dunia, Xiaomi.

Menurut Pengarang Kumpulan Berita Harian yang juga Penaung ABPBH 34, Saidon Idris, ABPBH merupakan anugerah yang dinanti-nantikan oleh peminat.

Selaras dengan situasi semasa dan arahan yang dikeluarkan kerajaan ekoran penularan pandemik COVID-19, BH menjadi wadah kepada segala usaha yang menyokong untuk mengekang penularan wabak ini dan sekaligus memulihkan ekonomi negara. Sejak pandemik melanda negara dan dunia pada tahun lalu, kami di BH sentiasa peka dan akur dengan segala SOP terkini oleh kerajaan. BH juga mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM.

Banyak yang sudah dilalui sejak lebih setahun lalu dan ramai yang terkesan dengan penularan COVID-19. Justeru, ABPBH 34 kali ini memilih tema #KITABERSAMA kerana pandemik ini mengajar kita untuk kembali kepada akar atau asas di mana perlunya kita merapatkan hubungan dan bersatu dalam menempuhi cabaran.

Tambah beliau, pihak penganjur sentiasa merujuk dan meminta kebenaran daripada MKN dan KKM sebelum mengelolakan ABPBH pada tahun ini.

Senarai pencalonan

Pada malam kemuncak ABPBH 34, sebanyak empat belas kategori utama yang bakal dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi, Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Penyampai Radio Popular dan kategori baru iaitu Watak Animasi Popular. Turut dipertandingkan adalah enam (6) kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah FANtastik Popular, Watak Antagonis Popular, Artis TikTok Popular dan YouTuber Popular.

Walau bagaimanapun, undian untuk kategori Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular hanya akan dibuka mulai bulan Oktober depan. Buat pengetahuan korang, malam kemuncak ABPBH 34 akan diadakan secara maya pada hari Sabtu iaitu 13 November 2021 dan disiarkan secara langsung pada pukul 9.00 malam di TV3 dan Tonton termasuk YouTube BH dan TV3 serta laman web ABPBH www.abpbh.com.my.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×