
Pelakon meningkat naik, Arabella Ellen tidak menganggap perbandingan dirinya dengan Anna Jobling sebagai sesuatu yang negatif terutama apabila kedua-duanya sering disamakan kerana berdarah kacukan.
Artikel Berkaitan: ‘Tidak Kisah Jika Orang Tak Kenal Saya, Semua Bermula Dari Bawah’ – Arabella Ellen
Artikel Berkaitan: Arabella Ellen Pergi Casting, Percaya Dipilih Berlakon Kerana Bakat Bukan Rupa
Tak kisah disamakan
Ketika ditemui OhBulan!, Arabella atau nama sebenarnya Arabella Ellen Mohd. Yahya John Robert Nelson, 21, berkata dia mahu membuktikan kemampuan sendiri dan membina nama dalam dunia lakonan tanpa terlalu terikat dengan persamaan tersebut.
Saya rasa benda itu tidak salah pun sebab Anna memang mula dalam industri lebih awal daripada saya. Saya pula baru saja bermula pada 2023.
Secara tak langsung perbandingan juga perlu dilihat dari susut positif. Jadikan saya lebih bersemangat untuk gandakan lagi usaha agar bakat diperakui ramai.
Soal populariti, secara perlahan-lahan pun tak mengapa, asalkan konsistan. Saya perlu bina nama sendiri dan tak nak tergesa-gesa untuk mengejar sesiapa.
Arabella berkata demikian ketika ditemui selepas pertunjukan fesyen KLFW X TOMEI, baru-baru ini.
Katanya, setiap pelakon mempunyai perjalanan dan rezeki masing-masing, justeru dia memilih untuk terus fokus mengembangkan kerjaya serta membina namanya sendiri dalam dunia seni.
Dalam pada itu, Arabella yang juga Naib Juara Dewi Remaja 2023 percaya perkara paling penting adalah kekal menjadi diri sendiri tanpa terlalu memikirkan persepsi orang lain.
Saya juga tidak kisah kalau orang kata saya sama atau nampak macam Anna.
Bagi saya, apa yang penting adalah menjadi diri sendiri. Selagi saya buat apa yang saya perlu buat dan tidak terlalu memikirkan apa orang cakap, saya okay.