berita

Anna Jobling Padam Semua Gambar Bersama Meerqeen Di Instagram? Hantaran Di X Timbul Tanda Tanya

September 6th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Anna Jobling, Merqeen

Keakraban dan aksi mesra yang sering dipamer dua pelakon meningkat naik iaitu Anna Jobling dan Meerqeen sering mendapat perhatian orang ramai.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Penat Ke Tanya Soalan Sama?’ – Anna Jobling Nafi Bercinta Dengan Meerqeen

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anna Jobling Ulas Trend ‘Nicest/Rudest Celebrities’ -‘Artis Manusia Biasa, Tak Perlu Fitnah’

Meskipun pernah diajukan pertanyaan oleh pengamal media adakah mereka sedang menjalin hubungan cinta, namun Anna dan Meerqeen tidak pernah memberikan kata putus mahupun mengiyakan perkara tersebut.

Padam gambar Merqeen?

Anna Jobling, Merqeen

Bagaimanapun, menerusi tinjaun OhBulan! ke Instagram milik Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman baru-baru ini, dia dilihat sudah memadam semua gambar bersama aktor tersebut.

Malah, beberapa gambar bagi mempromosikan drama gandingan mereka berdua iaitu Melur Untuk Firdaus juga tidak kelihatan lagi.

Pun begitu, mereka berdua dilihat masih mengikuti antara satu sama lain di Instagram masing-masing.

Sementara itu, aktres berusia 23 tahun itu turut menyorot perhatian ramai selepas dia memuat naik satu ciapan berbunyi ‘puzzle completed’ yang membawa maksud sudah selesai tugasnya di laman sosial X (Twitter).

Ciapan tersebut telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya apabila ada yang mendakwa hubungan Anna dengan Meerqeen sudah berakhir.

Dalam pada itu, wargamaya turut mendoakan aktres kacukan Inggeris dan Melayu itu sentiasa dalam keadaan baik.

Sumber: Instagram, X

SKIP THIS AD ×