berita

Antara Fakta Menarik Tentang Siri Xiaomi 13T Yang Keluar Baru-Baru Ni, Ada Kaitan Dengan Leica

September 27th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Semua orang nakkan smartphone dengan kualiti terbaik. Selain digunakan sebagai alat komunikasi, smartphone juga boleh digunakan untuk pelbagai perkara lagi. Salah satunya adalah untuk tangkap gambar.

Eh, korang dah tahu ke belum? Siri Xiaomi 13T dah keluar baru-baru ni tau. Peminat gadget di Malaysia dah lama nantikan kemunculannya. Dengar cerita, kamera dia kali ni lebih padu. Ini fakta menarik tentangnya!

Siri Xiaomi 13T tampil bersama pakar kamera, Leica

Siri Xiaomi 13T iaitu Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro kali ni tampil lebih mengagumkan. Smartphone baharu ni didatangkan bersama sistem kamera hebat dengan kehadiran Leica. Nampak gah betul ni!

Sistem pengimejan yang ditala Leica dalam Siri Xiaomi 13T terdiri daripada kamera sudut lebar Leica 50MP dengan panjang fokus setara 24mm, kamera telefoto Leica 50MP dengan panjang fokus setara 50mm dan kamera ultralebar Leica 12MP dengan panjang fokus setara 15mm.

Paling menarik, Siri Xiaomi 13T direka dengan lensa asfera untuk tangkap lebih banyak cahaya. Sangat ideal untuk ambil gambar view dan rakam landskap yang menakjubkan. Korang akan ingat sampai bila-bila!

Dua gaya fotografi asli Leica yang luar biasa

Siri Xiaomi 13T menawarkan dua gaya fotografi asli Leica – Leica Authentic Look dan Leica Vibrant Look. Kameranya secara automatik menala imej yang korang nak tangkap ikut keadaan cahaya dan persekitaran.

Kameranya meliputi 100% DCI-P3, mencapai julat warna meluas buatkan dua gaya fotografi Leica yang unik jadi lebih menarik. Kualiti Leica yang luar biasa ini la yang buat peminat gadget jatuh cinta teruk!

Siri Xiaomi 13T menggunakan fungsi gaya fotografi bersesuaian di bawah mod Pro. Korang boleh laraskan Nada, Tonaliti dan Tekstur pada peringkat pra-set dengan lebih kreatif. Banyak detail dan warna pada imej dikekalkan.

Didatangkan dengan enam filter Leica

Nak jadi lebih kreatif? Korang boleh guna enam filter Leica yang ada dalam Siri Xiaomi 13T, termasuk Leica Sepia dan Leica Blue yang baharu. Ia berasal daripada Mod Filem LeicaM-Typ240 yang boleh menangkap intipati legenda dan klasik estetika Leica tau.

Dengan pelbagai pilihan tersedia, Siri Xiaomi 13T menawarkan 4 watermark Leica baharu. Kesemuanya sangat sepadan dengan komposisi foto dan saiz frame yang berbeza.

Gambar lebih terang dengan teknologi Xiaomi ProFocus

Selain menawarkan pelbagai pilihan untuk fotografi kreatif luar biasa, Siri Xiaomi 13T juga hebat dalam mengambil gambar terang. Walaupun korang rakam momen sekejap je, tapi kualiti imej tetap terbaik kerana Enjin Pengimejan Xiaomi sangat canggih.

Dikuasakan oleh teknologi Xiaomi ProFocus, Siri Xiaomi 13T akan bantu korang tangkap momen yang korang tak nak miss dengan imej yang terperinci. Hasil gambar pun lebih jelas dan terang!

Ini antara contoh gambar yang diambil menggunakan Siri Xiaomi 13T. Serius padu!

Dilengkapi kalis air & debu IP68

Smartphone sering terdedah dengan percikan air dan debu? Jangan risau! Siri Xiaomi 13T dilengkapi dengan fungsi kalis air dan debu IP68. Fungsi ni boleh tahan daripada percikan air dan debu. Minuman yang tumpah padanya pun boleh dibersihkan tanpa perlu risaukan apa-apa!

Tiga pilihan warna, rekaan klasik & elegan!

Buat korang yang suka smartphone dengan rekaan minimalis, Siri Xiaomi 13T la jawapannya. Ada tiga pilihan warna iaitu Alpine Blue, Meadow Green dan Black. Warna-warna ni ada keistimewaan tersendiri.

Panel belakang model Alpine Blue menampilkan kemasan kulit vegan Xiaomi BioComfort dengan tekstur lembut dan unik. Lebih premium dan selesa digunakan.

Model Meadow Green dan Black pula mempunyai panel belakang kaca berkilat. Terasa mewah untuk dipegang!

Pergi la mana-mana pun, mesti nak tangkap gambar macam photographer kan? Siri Xiaomi 13T sememangnya pilihan tepat untuk korang. Tak menyesal guna!

Ha…jom lah mula order Siri Xiaomi 13T sekarang di Xiaomi Authorized Store dan Shopee serta Lazada sempena Open Sales. Paling menarik, korang berpeluang untuk mendapat hadiah percuma tau!

Wahhh, bestnya! Untuk memudahkan korang membuat tempahan, boleh rujuk senarai harga dibawah:

  • Xiaomi 13T – 8GB+256GB RM 1,699 (Eksklusif Dalam Talian-Lazada & Shopee)
  • Xiaomi 13T – 12GB+256GB RM 1,999
  • Xiaomi 13T Pro – 12GB+256GB RM 2,399 (Eksklusif Dalam Talian-Lazada & Shopee)
  • Xiaomi 13T Pro – 12GB+512GB RM 2,699
  • Xiaomi 13T Pro – 16GB+1TB RM 3,499

Nak info lebih lanjut tentang Xiaomi? Korang boleh klik SINI. Jom tangkap gambar sepuasnya dengan Siri Xiaomi 13T!

SKIP THIS AD ×