berita

Antara Hidup & Mati, Kisah Benar Kehilangan Misteri Jacob & Sarah Yang Dilarikan Ibu

November 8th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Seorang pengguna Facebook, Jack Lester menerusi dua posting menceritakan kembali kronologi dan misteri kehilangan dua beradik, Jacob dan Sarah yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya. Kejadian yang berlaku pada September 2014 ini didakwa didalangi oleh si ibu, Catherine yang mempunyai sejarah sakit mental, paranoid dan skizofrenia. Bapa, Troy hanya mengetahui mengenai penyakit si ibu selepas anak pertama mereka lahir.

Kronologi kes

Ceritanya pasal kehilangan dua orang beradik yang hilang. Sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Satu soalan, dua jawapan. Hidup atau mati. Satu-satunya suspek utama adalah ibu diaorang sendiri. Masalahnya sekarang, si ibu ni boleh pula buat muka tak bersalah. Selamba dek je. Pergh.


Okay. Terus ke tahun 2014. Troy Turner dan Catherine Hoggle ni mempunyai tiga orang anak. Yang sulung berumur 5 tahun. Cukuplah untuk namakan si sulung ni sebagai A. Sebab namanya memang dirahsiakan daripada pihak umum. Nombor dua, namanya Sarah… 3 tahun. Bongsu, Jacob… 2 tahun. Troy dan Catherine ni pasangan yang tak berkahwin. Biasalah Mat Salleh kan. Tapi diaorang dua membesarkan anak sama-samalah.

Sekadar gambar hiasan

7 September 2014, Troy pergi menghantar Catherine dan tiga orang anaknya tu ke rumah ibu Catherine yang bernama Lindsay. Masa tu, ayah Catherine iaitu Randy pun ada sekali dekat rumah. Lepas hantar, Troy pun terus pergi kerja macam biasa.

Waktu kerja Troy dah habis, jadi dia pun pulang ke rumah. Dah sampai rumah, Catherine mengajak Troy ke kedai. Ada benda nak dibeli. Troy pun layankan je. Tak jauh mana pun, lebih kurang dalam tiga minit.

Selesai beli barang, Troy dan Catherine pun kembali ke rumah. Disebabkan terlampau letih, Troy terus tidur. Tak sempatlah nak mencium anak-anaknya pada malam tu. Rutin yang memang biasa dilakukan pada malam-malam sebelumnya.

Si ibu tak ingat tempat jagaan anak


Sebaik bangun daripada tidur keesokan paginya, Troy berasa pelik sebab rumah tu sunyi semacam. Yang ada hanyalah si A. Rasa panik, Troy menghubungi Randy dan Lindsay yang sudah pun keluar pergi bekerja. Masing-masing menjawab tidak tahu keberadaan Catherine dan dua orang lagi cucunya.

Troy kemudian menghantar si A ke stesen bas untuk pergi ke sekolah. Masa dekat stesen bas tu, boleh pula Catherine muncul. Catherine beritahu Troy yang Sarah dan Jacob sudah dihantarnya ke Pusat Penjagaan Kanak-kanak. Ikutkan, situasi tu memang pelik untuk Troy sebab sebelum ni kerja menghantar anak-anak adalah tugas Troy. Alasan Catherine masa tu, dia tak nak menganggu waktu tidur Troy. Troy layankan jelah Catherine tu.

Menjelang tengah hari, waktu untuk menjemput Sarah dan Jacob pulang. Dan-danlah Catherine memberitahu Troy yang dia langsung tak ingat tempat jagaan Sarah dan Jacob. Alamat dan nombor telefon apa semua memang tak ingat langsung . Troy yang berasa panik terus menelefon Lindsay. Rupanya Lindsay pun sedang mencari cucu kesayangannya tu.


Catherine ni ada sejarah bergelut dengan sakit mental, paranoid dan skizofrenia. Troy pada mulanya tak tahu pun tentang penyakit Catherine. Cumanya dia mula perasan dengan perangai aneh Catherine selepas si A lahir. Konon ada seorang perempuan selalu mengekorinya. Perempuan tu nak rampas A dan Troy. Lagi satu perangai pelik Catherine, dia suka menutup mulut masa bersembang.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Catherine tidak boleh dibiarkan untuk drive seorang diri serta tidak dibenarkan tinggal berseorangan dengan anak-anak.

Ibu cuba melarikan diri

Selepas Catherine gagal untuk mengingati lokasi Sarah dan Jacob, Troy pun mengugut untuk pergi ke balai polis.

Dengar je perkataan polis, dan-danlah Catherine ni ingat pula lokasinya. Jadi, Troy dan Catherine pun drive ke lokasi yang dimaksudkan Catherine. Dalam perjalanan tu, diaorang singgah ke restoran Chick-Fill-A sebab Catherine nak membeli air soda.

Tahu tak apa Catherine cuba buat lepas tu? Dia menelefon teksi. Dekat sini jelas sekali Catherine cuba untuk melarikan diri. Cuma kurang pasti kenapa percubaannya tu gagal. Masa ni, Troy memang tak tahu apa-apa.

Selesai membeli air, Troy dan Catherine pun kembali masuk ke dalam kereta. Namun, Catherine tiba-tiba beritahu nak masuk semula ke dalam restoran sebab nak refill air. Masalahnya, lepas Catherine masuk tu, dia langsung tak keluar-keluar dah. Maksudnya, Catherine menghilangkan diri. Macam magic kan?


Okay… Catherine menghilangkan diri, jadi Troy pun membuat laporan polis. Dia menceritakan A sampai Z apa yang telah berlaku. Maka operasi pencarian mangsa dijalankan. Operasi untuk mencari Catherine, Sarah dan Jacob.

Polis berjaya mendapatkan hint awal iaitu dua rakaman cctv terhadap Catherine. Rakaman pertama, cctv semasa dia berada di restoran Chick-Fill-A. Rakaman kedua, Catherine berada di bangunan persekutuan pada jam 4.30 pagi iaitu kira-kira 13 jam selepas rakaman cctv yang pertama. Dalam rakaman cctv kedua tu, Catherine berpakaian sama seperti dalam cctv pertama. Bezanya, dia berambut pendek. Cuma apa yang mengecewa serta menyedihkan semua pihak adalah ketiadaan kelibat Sarah dan Jacob.

Jacob hilang pada malam Troy tertidur

Berbalik pada malam kejadian (rujuk penjelasan pada gambar ketiga part 1) Troy pulang ke rumah dan terus tidur tanpa sempat menjenguk pun anak-anaknya. Bila disiasat balik, malam tu Jacob memang tak ada dah dekat rumah. Yang ada, Randy, Lindsay, Catherine, A dan Sarah. Maksudnya, Jacob memang dah hilang masa tu. Sebenarnya, waktu siang hari tersebut Catherine ada keluar dari rumah dengan membawa Jacob sekali untuk pergi membeli Pizza. Seperti yang dijelaskan, adalah pantang larang buat Catherine untuk drive kereta seorang diri mahupun bersama anak-anak.

Berkenaan dengan Sarah, waktu kehilangannya tidak dapat dipastikan. Samada waktu Troy tidur pada malam tu atau keesokan paginya.

Berbalik pada malam kejadian (rujuk penjelasan pada gambar ketiga part 1) Troy pulang ke rumah dan terus tidur tanpa sempat menjenguk pun anak-anaknya. Bila disiasat balik, malam tu Jacob memang tak ada dah dekat rumah. Yang ada, Randy, Lindsay, Catherine, A dan Sarah. Maksudnya, Jacob memang dah hilang masa tu. Sebenarnya, waktu siang hari tersebut Catherine ada keluar dari rumah dengan membawa Jacob sekali untuk pergi membeli Pizza. Seperti yang dijelaskan, adalah pantang larang buat Catherine untuk drive kereta seorang diri mahupun bersama anak-anak.

Berkenaan dengan Sarah, waktu kehilangannya tidak dapat dipastikan. Samada waktu Troy tidur pada malam tu atau keesokan paginya.

Si ibu dipantau hospital, waras atau tidak

Tahun demi tahun berlalu, tiada sebarang perkembangan tentang kehilangan Sarah dan Jacob. Bukti, petunjuk apa semua tu memang tak ada. Jadi, nasib Sarah dan Jacob memang tak diketahui sampai sekarang.

Pasal Catherine, dia diletakkan di bawah pemantauan oleh pihak hospital. Catherine harus disahkan waras atau sebaliknya terlebih dahulu sebelum layak untuk dibicarakan kes kehilangan anak-anaknya. Jika kewarasannya tidak dapat ditentukan dalam masa lima tahun, maka dakwaan terhadap Catherine boleh digugurkan.

Troy Turner kini pasrah dan reda apa yang dah berlaku. Dia pun ada mengeluarkan kenyataan rasmi mempercayai bahawa Sarah dan Jacob telah mati dengan Catherine sebagai suspek. Ingat ya, kenyataan tu dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Seperkara lagi, Troy mengesyaki Catherine ni hanya berpura-pura gila dalam memberikan keterangan terhadap kes kehilangan Sarah dan Jacob. Sebabnya, Catherine mesti enggan dihukum penjara. Satu pendapat yang memang dipersetujui oleh Lindsay. Bezanya, Lindsay percaya cucunya tu masih lagi hidup dan selamat dijaga oleh “seseorang” seperti yang diberitahu oleh Catherine.

Antara hidup & mati

Okay… lepas korang baca ni, korang sendiri mesti boleh buat andaian tersendiri tentang nasib Sarah dan Jacob. Antara hidup dan mati. Itu saja. Boleh jadi Catherine membunuh Sarah dan Jacob disebabkan masalah halusinasi yang dialaminya….atau mungkin ada benar juga Sarah dan Jacon dijaga oleh “seseorang”.

*Btw, aku tak dapat jumpa maklumat yang paling latest tentang nasib Catherine. Kalau ikut artikel ni..

https://www.google.com/amp/s/www.washingtonpost.com/local/public-safety/court-to-get-second-opinion-psychiatric-exam-of-murder-suspect-catherine-hoggle/2019/07/03/229dee96-9da5-11e9-85d6-5211733f92c7_story.html%3foutputType=amp

Pihak mahkamah request Catherine diletakkan di bawah pemantauan pakar psikiatri yang baru.

Sumber : Jack Lester

The following two tabs change content below.