berita

Antara Pegangan & Kebersihan, Sampai Bila Anda Mahu Buat ‘Bodoh’ Tentang Isu Rokok Cap Babi Ni?

August 13th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

2

Anda ingat lagi tak beberapa minggu lepas kami ada berkongsi satu kes mengenai lori babi usung rokok seludup? Jika anda baca dan hadam betul-betul artikel tersebut ternyata rokok seludup mendatangkan banyak keburukan. Ya, kami faham rokok seludup tu lagi murah tapi pernahkah anda terfikir akibat daripada merokok rokok ‘haram’ tu?

Artikel Berkaitan: Anda Akan Fikir 2 Kali Jika Ingin Beli Rokok Murah Lepas Ni.. Ini Punca & Sebabnya.. Seram Beb!

Kenapa anda tak nak boikot aktiviti penyeludupan haram ni sedangkan dulu ada beberapa kes melibatkan satu produk coklat popular Malaysia yang kononnya ada penggunaan babi dalam bahan coklat tersebut? Kenapa anda boleh boikot satu makanan segera terkenal dunia bila tersebarnya sos mayonis yang digunakan haram? Sama macam kes seludup rokok guna lori babi ni. Walaupun perokok sedia maklum tentang kes ni tapi mereka masih tak serik. Anda tak rasa jijik ke?

Rokok murah sebab tu kita tak ambil kisah?

Screen Shot 2016-08-10 at 6.28.27 PM

Foto kredit: Harian Metro

Macam kami katakan di atas tadi, adakah faktor-faktor seperti rokok seludup murah serta senang didapati, orang ramai ambil tak kisah je? Kadang-kadang terfikir juga kenapa orang ramai bising kenapa ada food truck menyediakan daging babi (Walaupun dah terang-terang tiada logo halal) sedangkan rokok seludup yang kebanyakan perokok di luar sana hisap tu diusung oleh lori babi.

Kes itu juga terbukti apabila Harian Metro telah melaporkan tersebut beberapa minggu yang lepas. Kita asyik percaya dengan beberapa berita palsu mengenai produk makanan menggunakan bahan haram padahal tiada pun bukti yang sahih.

Screen Shot 2016-08-09 at 12.10.53 PM

(Sekadar gambar hiasan)

Nak tahu apa yang membahayakan lagi tentang rokok seludup ni? Ia diperbuat daripada bahan-bahan beracun seperti debu dan habuk simen serta boleh terdedah kepada penyakit boleh terdedah kepada penyakit ekzema iaitu penyakit kulit yang menyebabkan kemerah-merahan, gatal, kering, merekah, melecet, menggelupas, luka dan kadangkala kulit menjadi melecur.

Bukan soal merokok, pasal pegangan hidup

Screen Shot 2016-08-08 at 3.43.59 PM

(Sekadar gambar hiasan)

Patutnya perokok yang masih hisap rokok seludup harus ambil iktibar dan pengajaran kerana ia melibatkan pegangang kita sebagai seorang manusia dan juga kepentingan kebersihan. Pembuatan rokok seludup dibuat melebihi paras yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagi penjual rokok ‘haram’ tu pula harus dikenakan tindakan tegas. Bayangkan anda berbelanja duit untuk beli rokok seludup, diorang dapat untung, lepas itu nanti perokok juga yang akan dapat penyakit. Siapa yang rugi nanti?

Parah. Mereka (sindiket) sudah sampai kemuncak melampau untuk menjalankan perniagaan. Sebelum ini kita tahu mereka gunakan pengangkutan yang orang tidak syak seperti lori membawa barangan, ais atau sayur, namun penggunaan lori babi sangat tidak beretika.

Sebaik-baik perokok yang menghisap rokok seludup, berhenti sajalah sebab ini sudah membabitkan faktor agama dan kebersihan.

Ahli kita lebih 3,000 orang pun serik dan takut dengan perkara sebegini sekiranya terjual barangan tercemar dengan najis binatang itu.

Bagi penjual rokok ‘haram’ tu pula harus dikenakan tindakan tegas. Bayangkan anda berbelanja duit untuk beli rokok seludup, diorang dapat untung, lepas itu nanti perokok juga yang akan dapat penyakit. Siapa yang rugi nanti? Berhenti lah membeli rokok John, Gudang Garam, Canyon semua tu. Ini untuk kebaikan anda juga.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×