berita

Antara Rekaan Kasut Bata Yang Korang Boleh Pakai Untuk Raya Tahun Ni, Lebih 300 Design!

March 29th, 2024 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Ramai yang sibuk dengan persiapan untuk menyambut Syawal yang bakal tiba. Tapi tak lengkap kalau pakai baju raya di Hari Raya Aidilfitri tanpa sepasang kasut yang cantik. Selain tampil bergaya, kasut ni penting untuk keselesaan sewaktu beraya tau.

Tengah cari kasut raya ke tu? Haa.. Bata Malaysia sedang melancarkan Kempen Hari Raya terbaharu mereka iaitu Detik Raya Bersama Bata yang menampilkan lebih 300 design baharu untuk seisi keluarga!

Koleksi Detik Raya Bersama Bata ni penuh bergaya moden. Banyak pilihan kasut yang selesa dan serba boleh. Sesuai sangat untuk korang pakai raya tahun ni. Ini antara koleksi yang ada!

Red Label

Harga bermula: RM119

Koleksi Red Label sesuai untuk korang yang sukakan kasut dan beg trendy dan luar biasa. Daripada kasut flat kepada kasut tumit yang bergaya, koleksi ni menawarkan reka bentuk kontemporari yang cukup selesa untuk korang pakai sewaktu beraya daripada siang ke malam.

Dengan palet warna serba boleh, perincian yang indah dan kemasan berkilat, kasut ini menambah sentuhan untuk korang nampak glamour di Hari Raya. Kasut yang terpilih dalam koleksi ni dilengkapi dengan LifeSole by Ortholite, menawarkan 50% lebih keselesaan tau.

Red Hot

Harga bermula: RM59.99

Siapa kat sini suka kasut dan beg mampu milik tapi tetap nampak stylo dan selesa pada Hari Raya? Korang boleh pilih koleksi Red Hot ni. Banyak pilihan untuk semua orang, daripada kasut slip-on mudah seperti kitten heels dan loafers kepada kasut kanak-kanak yang cukup ceria!

Comfit

Harga bermula: RM69.99

Nak balik kampung dengan kasut yang selesa tapi berkualiti? Koleksi Comfit memang pilihan tepat. Dilengkapi teknologi pintar, koleksi ni mempunyai gabungan teknologi insole yang menawarkan kusyen unggul, muat dengan sempurna, fleksibiliti, anti-gelincir dan ringan. Selesa untuk beraya sepuasnya!

Bubblegummers

Harga bermula: RM39.99

Tengah cari kasut raya yang menarik untuk anak korang? Bubblegummers kan ada. Koleksi ni ada banyak pilihan kasut kanak-kanak yang comel. Daripada kasut girly bows kepada Fun Lights yang cool, memang istimewa buat si kecil melaram Raya tahun ni!

Tak ada idea untuk bergaya di Hari Raya? Korang boleh cuba salah satu style menarik dari Bata ni. Boleh cipta momen raya yang indah!

Ini Antara Gaya Raya Bersama Bata Untuk Korang Tahun Ni!

All Glam Up

Sukakan gaya chic pada Hari Raya? Boleh cuba gaya All Glam Up. Daripada kasut dengan kemasan metalik kepada batuan berkilat, korang boleh bergaya dengan kasut bereka bentuk klasik seperti pam, ballerina dan kasut tumit bertali. Glamour habis!

Timeless Neutral

Warna nude dan pastel selalu jadi pilihan ramai pada Hari Raya. Oleh itu, gaya Timeless Neutral ni memang sesuai. Kasut dengan palet warna yang sesuai dengan segala-galanya, ia tersedia dalam siluet serba boleh. Nampak natural la!

Slide It On!

Mesti banyak open house raya kena pergi nanti. So, kena la pakai gaya Slide It On yang cepat dan mudah. Banyak pilihan kasut tumit slip-on yang ada. Tinggal pilih je guys. Tak la kelam kabut waktu beraya nanti.

Cool Kicks

Suka gaya kasual semasa beraya? Korang akan puas hati dengan gaya Cool Kicks. Cukup sempurna untuk balik kampung atau konvoi dengan member. Raya nanti try la gaya ni!

Dapper Up

Korang salah seorang peminat loafers? Gaya Dapper Up ni pasti menarik minat korang untuk cuba Raya ni. Nampak stylo la dengan loafer berkusyen yang datang dalam warna hitam, coklat dan biru. Selesa dan sangat versatil!

Playful, Cutesy Raya

Ingat mak dengan ayah je ke boleh bergaya pada Hari Raya? Eh, anak pun mesti nak jugak! Anak korang mesti happy beraya bersama kasut antimikrob Bubblegummers dan kasut kanak-kanak yang menyeronokkan. Serius comel!

Most Comfortable Host

Dilengkapi dengan kusyen dan teknologi pintar, kaki korang akan kekal selesa dan nyaman dengan gaya Most Comfortable Host. Dengan pasangan Comfit, ia memastikan keselesaan berpanjangan sepanjang Raya.

Match the Family Portrait!

Setiap tahun mesti family korang ada tema raya tersendiri kan? Sebab tu Bata tawarkan banyak pilihan kasut dengan gaya Match the Family Portrait. Bukan baju je kena matching, kasut pun kena sedondon jugak. Baru havoc Raya nanti!

Banyaknya pilihan Koleksi Detik Raya Bersama Bata ni. Sampai rambang mata dibuatnya. Ajak la keluarga korang singgah kedai Bata nanti. Ini la masanya untuk dapatkan kasut raya yang selesa dan bergaya!

Nak tahu lebih banyak lagi tentang Koleksi Detik Raya Bersama Bata? Korang boleh klik SINI. Selamat Hari Raya semua!

SKIP THIS AD ×