berita

Antara Sebab Ramai Target Beli Rumah The Amber Residences, Siap Diskaun & Ganjaran Menarik!

January 5th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Selamat tahun baru 2023 guys! Dah masuk tahun baru ni, kena la ada azam baru jugak. Ada sesiapa kat sini yang simpan azam tahun baru untuk miliki sebuah rumah? Tahniah, kami memang kagum dengan keberanian korang!

Beli rumah bukan satu proses yang mudah terutama untuk korang yang beli rumah pertama. Korang kena tahu matlamat beli rumah, proses dan sebagainya. Lebih-lebih lagi, keputusan beli rumah ialah keputusan besar dalam hidup tau.

Kalau korang tengah cari rumah terbaik di Selangor, kami rekomen yang ni untuk korang!

The Amber Residences di Kota Kemuning bakal menjadi kediaman impian ramai!

Abang cuba la survey rumah kat The Amber Residences. Nampak nice!

Korang cuba la tengok rumah di The Amber Residences. Pangsapuri ni merupakan projek kediaman oleh pemaju hartanah, Gamuda Land.

Kediaman ini adalah bangunan betingkat tinggi pertama untuk perbandaran twentyfive.7, ia adalah salah satu pangsapuri yang gah di Kota Kemuning.

The Amber Residences dilengkapi 596 unit pangsapuri servis di dua menara setinggi 31 tingkat, dengan 34 unit kedai pejabat 2 tingkat yang mempunyai penyewa seperti kedai runcit, pre-school, kafe dan banyak lagi. Unit kediaman di sini seluas 657-1001 kaki persegi, sehingga 3 bilik tidur. Luas dan selesa didiami seisi keluarga.

Nak tahu kenapa ramai yang nak sangat tinggal di sini? Ini antara sebabnya..

Kediaman di sini partially furnished, boleh terus pindah masuk!

Laa.. Patut la ramai suka kan? Partially furnished rupanya. Setiap unit dilengkapi dengan penyaman udara di semua bilik tidur dan ruang tamu serta pemanas air di semua bilik mandi. Fuh!

Malah, unit kediaman terpilih mempunyai dapur yang lengkap dan peti sejuk, almari pakaian dan mesin basuh serta pengering. Hebat kan? Macam ni memang boleh terus pindah masuk la cerita dia.

Banyak fasiliti menarik yang boleh korang guna

Bukan setakat tu je guys! Terdapat banyak tempat tumpuan bagi komuniti The Amber Residences, termasuk kolam renang, gimnasium, gelanggang pelbagai guna, dek yoga, tempat mandi wap, taman herba dan trek joging.

Wah, memang syok la duduk sini! Hujung minggu dan musim cuti boleh la korang buat pelbagai aktiviti dengan keluarga korang. Eh, tapi ada yang lagi syok tau. Nak tahu apa dia?

Dekat dengan mall terbesar di Kota Kemuning, iaitu Quayside Mall!

Paling menarik tentang The Amber Residences, ia berdekatan dengan mall terbesar di Kota Kemuning: Quayside Mall dengan jarak 250m je. Bayangkan korang jalan kaki je, dah sampai mall. Nak beli barang runcit dan hiasan rumah pun mudah. Shopping sakan apatah lagi kan?

Dah nama pun mall terbesar, mesti la banyak yang ada. Antaranya Jaya Grocer, MBO Cinema, Harvey Norman dan sebagainya. Selain tu, Quayside merupakan tarikan menarik untuk korang beriadah. Ada Carousel, Solar Express, Superfly dan Flamingo Pedal Boat. Boleh enjoy sepuasnya!

Ada diskaun bumiputera dan ganjaran menarik, jangan lepaskannya!

Nak lagi puas hati, korang tengok la video Cik Manggis yang menarik ni. Cik Manggis akan bawa korang pusing-pusing untuk lihat apa yang ada. Tengok daripada video, memang seronok la tinggal di sini!

Buat pengetahuan korang yang nak miliki kediaman di The Amber Residences, Gamuda Land nak tawarkan diskaun bumiputera dan ganjaran menarik untuk korang. Jangan lepaskan peluang ni untuk merebutnya!

Jom pasang niat untuk miliki rumah idaman korang mulai tahun 2023.

Korang boleh klik SINI untuk ketahui info lebih lanjut tentang kediaman di The Amber Residences.

SKIP THIS AD ×