berita

Antara Tips Bayar Balik Pinjaman Secara On-Time Paling Berkesan, Lepas Ni Tak Lupa Lagi

March 7th, 2024 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Setiap orang yang sudah bekerja pasti pernah buat pinjaman untuk memenuhi keperluan tersendiri. Ada banyak jenis pinjaman seperti pelajaran, kereta, rumah, perniagaan dan lain-lain. Kalau dah setel bayar balik, hidup rasa tenang dan bebas!

Siapa kat sini masih dalam proses untuk bayar balik pinjaman? Nak bebas daripada bayar balik pinjaman ni tak mustahil. Asalkan korang tahu tips untuk bayar secara on-time paling berkesan. Meh kami ajar korang!

Amalkan konsep dapat gaji je terus bayar.

Kachink! Biasanya kita akan dapat pemberitahuan apabila duit dah masuk ke akaun bank. Kalau korang dah tahu tarikh gaji yang korang akan dapat, apa kata terus bayar je siap-siap? Tak la bertangguh nak bayar lagi.

Tampal nota pada mana-mana bahagian rumah.

Macam old-school, tapi cara ni sangat berkesan. Tulis pinjaman yang korang perlu bayar. Tampal nota di tempat yang kerap digunakan seperti cermin, peti sejuk, dan lain-lain. Dah hari-hari nampak, memang susah nak lupa!

Tetapkan auto-debit di akaun bank pada setiap bulan.

Sekarang zaman dah moden. Korang boleh guna sistem auto-debit di akaun bank setiap bulan. Cuba mohon auto-debit untuk pinjaman yang korang buat. Cara ni lebih mudah dan tak payah fikir banyak!

Catat pada kalendar dinding atau guna calendar reminder dalam smartphone.

Ada kalendar dinding kat rumah? Ini la masanya untuk korang gunakan. Bulatkan tarikh untuk korang bayar balik pinjaman. Guna calendar reminder dalam smartphone pun boleh. Lebih efisien kot!

Buat potongan gaji bulanan secara berjadual.

Nak tips bayar balik pinjaman lebih sistematik dan dapat dibayar pada waktu yang tepat? Korang boleh buat bayaran secara potongan gaji atau debit terus mengikut  jadual bayaran balik yang telah ditetapkan. Cuba bincang untuk tetapkan jumlah ikut kemampuan setiap bulan.

Kalau dah jenis pelupa tu, korang cuba la guna tips ni eh. Tapi min rasa kalau buat bayaran secara potongan gaji atau debit terus tu macam lebih senang je kan?

Tawaran insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN, sehingga 31 Mac 2024!

Sekarang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang menawarkan insentif diskaun bayaran balik pinjaman. Kalau korang salah seorang peminjam PTPTN, ini la peluang terbaik untuk korang rebut!

Pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN meliputi tiga (3) kategori seperti berikut:

  • Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
  • Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
  • Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

Jom kita tengok apa kata mereka yang layak menikmati insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ni.

“Pada mulanya saya bayar secara online. Apabila dapat tahu ada insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN dengan menggunakan direct debit, saya mula menggunakannya. Melalui insentif ini, saya telah mendapat diskaun 15% dan saya gembira kerana jumlah baki pinjaman semakin berkurangan.”

– Mr . C –

“Saya memutuskan untuk bayar balik pinjaman PTPTN apabila layak dapat diskaun 10%. Puas bila dapat beransur-ansur jelaskan pinjaman supaya kewangan lebih stabil. Insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN harus dimanfaatkan untuk mengurangkan beban kewangan kita.”

– Lim Jing Xian –

“Saya bayar balik pinjaman PTPTN melalui potongan KWSP dan bayaran secara online. Saya dapat inisiatif sebanyak 10 peratus diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN dan ia sangat bermanfaat bagi saya. Terasa lega dan bangga kerana berjaya melangsaikan bayaran penuh pinjaman PTPTN.”

– Noraishah –

“Setelah mula dapat pekerjaan yang stabil, saya buat pembayaran balik pinjaman PTPTN melalui online transfer dan KWSP. Gembira kerana wujudnya insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang sangat bermanfaat khususnya bagi peminjam yg berpendapatan rendah.”

– Hafiy –

Pemberian insentif ini ditawarkan sehingga 31 Mac 2024. Ramai yang dah nikmatinya. Korang bila lagi?

Jangan lupa kongsikan kepada keluarga dan kawan-kawan korang yang masih dalam proses bayaran balik pinjaman PTPTN ya.

Nak info lebih lanjut tentang pelaksanaan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN? Klik SINI.

SKIP THIS AD ×