berita

‘Antibiotic Resistence’ – Doktor Kongsi Kesan Pengambilan Antibiotik Berlebihan

October 12th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Apabila seseorang itu menghidapi penyakit seperti demam, batuk dan selesema, mereka pasti akan mengambil ubat seperti antibiotik untuk kembali pulih. Namun kerap kali memakan antibiotik ianya akan memberi kesan jangka masa panjang terhadap badan individu terbabit.

Menerusi status di Facebook, seorang doktor berkongsi tentang antibiotik dan sistem imunisasi badan. Bagus ni untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil.

Dua jenis kes

“SAYA KENA MAKAN ANTIBIOTIK BARU OK DOC”

kes 1
– baru terasa nak demam
– check suhu 37.5 (low grade)
– selsema sikit
– lain lain normal
– done check, minta tunggu luar untuk ambil ubat
– soalan pesakit, antibiotik ada doc?

kes 2
– anak 1 tahun 10 bulan
– demam sahaja, baru 1 hari
– aktif macam biasa
– makan kurang selera sikit
– tak nampak tanda infection di mana mana lagi
– minta ibu pantau dan kawal demam, minta tunggu luar untuk ubat
– soalan ibu, antibiotik sekali kan doc?

Badan boleh jadi antibiotic resistence

Kalau baru demam 1 – 2 hari tu, kita panggil common cold. Biasanya disebabkan oleh virus yang pelbagai. Berubah ubah ikut musim. Ia akan baik sendiri dalam masa 1 minggu (kurang lebih). Berilah peluang sistem imun badan untuk latih diri dan menjadi kuat. Rawatan kalau klinik biasanya hanyalah ikut simptom, ubat demam, ubat batuk, ubat selsema. Lain-lain tu usaha sendiri. Cadangan saya, makanan yang tinggi dengan natural antiviral, immune booster, minum air secukupnya, prebiotic & probiotic untuk sihatkan perut, elakkan makanan dan enviroment yang lagi menerukkan keadaan.

Kalau terlalu kerap ambil antibiotik tanpa keperluan, anda akan cenderung untuk mendapat antibiotic resistence di mana bakteria akan menjadi lebih kuat dan kuat, dan tak terpengaruh dengan antibiotik yang diberikan. Antibiotik yang lebih kuat dan lebih kuat akan diberikan, dan sekiranya kuman terlampau kuat (superbug), mungkin tak ada lagi antibiotik yang boleh lawan kuman tersebut.

Penggunaan antibiotik berlebihan terhadap haiwan

Ibu bapa haruslah menjadi orang tua yang bertanggungjawab terhadap anak-anak ya. Confirmkan dengan doktor, adakah ianya jangkitan virus / bakteria, sebelum ambil antibiotik.

Selain itu ada juga sebab-sebab lain yang menyebabkan antibiotic resistance, seperti penggunaan antibiotik yang berleluasa pada haiwan ternakan. Kalau tengok contoh bagaimana penyebaran antibiotic resistance berlaku, even sayur pun kalau dapat dari baja haiwan ternakan yang diberikan antibiotik juga boleh menyebabkan antibiotic resistance.

Alternatif untuk sayur, tanam sendiri, compost grown, organic. Ayam / daging / ikan / telur, lebih baik kalau dapat pilihan makanan tanpa antibiotik.

Sumber: Aimi Jaafar

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×