
Selepas hanya tiga hari dibuka, Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) terus mencetus gelombang dan semakin mengganas apabila jumlah undian rasmi bagi setiap kategori melepasi angka 1 juta.
Artikel Berkaitan: Anugerah Melodi Terhangat Kembali Lagi, 12 Kategori Dipertandingkan
AMT2025 mengganas
Angka 1 juta itu bukan sekadar statistik semata tetapi jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia begitu bersemangat dalam menentukan siapa yang paling layak dinobatkan sebagai ‘terhangat’.
Ia bukan hanya tentang siapa paling popular, tetapi juga tentang sejauh mana seseorang itu memberi impak, mencetus pengaruh dan membentuk budaya pop masa kini.
Dengan 100 peratus undian awam menerusi platform Tonton, AMT 2025 benar-benar memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan membuat keputusan.
Kategori lebih ‘fresh’ & relevan
Bagi edisi kali ini, AMT 2025 memperkenalkan kategori-kategori yang lebih segar, berani dan relevan.
Kategori-kategori yang dipertandingkan ini juga mencerminkan cita rasa semasa serta suara rakyat yang kini menjadi penentu utama dunia hiburan moden.
Walaupun angka 1 juta telah berjaya dicapai namun, ini hanyalah permulaan. Undian masih dibuka hingga 31 Julai 2025 dan setiap undian masih mampu mengubah segalanya.
Untuk mengundi, peminat hanya perlu melayari laman rasmi di www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat atau muat turun aplikasi Tonton di telefon pintar.
Daftar akaun Tonton anda dan langgan pelan TontonUP untuk membuka akses undian, langganan selama satu bulan akan memberikan anda 500 undian, manakala langganan selama tiga bulan pula melayakkan anda menerima sehingga 2,500 undian, semudah itu sahaja!
Jangan berhenti mengundi dan nantikan malam kemuncak yang penuh gemerlapan pada 3 Ogos 2025 nanti! AMT 2025 bukan sekadar sebuah acara hiburan, ia adalah pentas penghargaan buat perjalanan seni, dedikasi dan impak luar biasa para selebriti Malaysia.
Di sebalik setiap pencalonan, tersimpan kisah yang mencerminkan suara dan jiwa masyarakat. Setiap undi anda membawa makna, ia adalah suara rakyat yang membentuk legasi hiburan tanah air.






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

