The Beacons of Hope, The Rise of New Stars, The Splendor of Icons dan The Triumph of Victors telah menandakan kejayaan bersejarah untuk The World Brands Foundation (TWBF) iaitu penjenamaan dunia dan organisasi yang berdedikasi untuk membangunkan jenama dalam pelbagai latar belakang perniagaan.
Untuk pengetahuan korang, majlis anugerah yang diadakan pada 7 Disember yang lalu adalah yang pertama diadakan dengan penuh gah selepas berlakunya wabak pandemik Covid-19.
Sembilan anugerah tersendiri telah dipersembahkan pada malam tersebut oleh TWBF dengan hasrat untuk meningkatkan jenama daripada pelbagai industri dan skala iaitu dari kecil hingga besar sambil berpeluang meraikan, membuat rangkaian dan membentuk perkongsian strategik untuk kelestarian jenama mereka.
Menggunakan tema Your Brand, Your Award, Celebrating, Championing, Capitalising The Best of Your Brand, anugerah akhir tahun berprestij ni telah memberi penghormatan kepada jenama yang telah berusaha gigih untuk pencapaian mereka sepanjang tahun lalu.
TWBF meraikan kejayaan ikon dan peneraju industri yang berjaya dan telah berusaha mencapai kejayaan untuk kekal menjadi juara utama.
Mereka juga meraikan pelantikan perdana menteri yang ke-10 iaitu YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim yang telah dijemput sebagai Tetamu Kehormat pada 2019 untuk merasmikan majlis anugerah The BrandLaureate World Halal BestBrands Awards dan The BrandLaureate Prominent Business BestBrands Awards.
The Greatest The BrandLaureate Awards 2022 Finale terdiri daripada tujuh anugerah dan pelancaran dua anugerah baharu iaitu The BrandLaureate Property Branding Awards 2022 dan The BrandLaureate HR-PDL Branding Awards 2022.
Anugerah-anugerah tersebut adalah seperti berikut:
- The BrandLaureate Icon BrandLeadership Awards 2022
- The BrandLaureate BestBrands Awards 2022
- The BrandLaureate SMEs BestBrands Awards 2022
- The BrandLaureate Prominent Business BestBrands Awards 2022
- The BrandLaureate World’s First e-Branding Awards 2022
- The BrandLaureate Bumiputera BestBrands Awards 2022
- The BrandLaureate World Halal BestBrands Awards 2022
Dan dua anugerah baharu ialah The BrandLaureate Property Branding Awards 2022 di mana ia merangkumi keseluruhan spektrum ekosistem hartanah.
The BrandLaureate HR – PDL Branding Awards 2022 pula ialah anugerah untuk mengiktiraf jenama HR & PDL yang telah memainkan peranan penting dalam membina sumber manusia dan industri kepimpinan pembangunan peribadi negara.
Menurut Presiden Dunia BrandLaureate, Dr KK Johan dalam ucapannya, “Pada 2023, The BrandLaureate akan berusia 18 tahun, setelah ditubuhkan pada 2005. 18 tahun kemudian, kami telah menikmati kenangan yang baik dan manis, melalui masa yang sukar dan mencabar dan kami juga mempunyai banyak peluang yang hadir dengan sendirinya,”
“Ia adalah Disiplin, Dedikasi dan Kesungguhan. Ya, tiga D yang memacu kejayaan BrandLaureate, yang membezakan Anugerah BrandLaureate daripada yang lain dan dinamisme yang mengekalkannya. Itulah asas kejayaan The BrandLaureate,” ujar Dr KKJohan mengakhiri ucapannya.
Antara penerima anugerah untuk The Greatest The BrandLaureate Awards 2022 Finale ialah Genting Malaysia Berhad, RF3, Affin Bank Berhad, Gamuda Berhad, MBSB Bank Berhad, Sarawak Energy Berhad dan banyak lagi!
The World Brands Foundation menggalakkan semua pemenang yang telah memenangi anugerah tidak kiralah dahulu atau sekarang untuk terus menunjukkan piawaian kecemerlangan dan kepercayaan yang tinggi untuk meningkatkan lagi nilai jenamanya dan meningkatkan kesetiaan jenama.
Menurut Dr KKJohan, Presiden BrandLaureate ,”Penjenamaan adalah nadi jenama anda, ia perlu sentiasa dipam untuk sentiasa menghidupkannya.”
Untuk berita terkini mengenai Anugerah BrandLaureate, korang boleh lawati The BrandLaureate atau media sosial diorang seperti Instagram, Facebook, YouTube, LinkedIn dan TikTok.