berita

Anwar Ibrahim Sahkan Persembah Dokumen Sahih Sokongan Kepada Agong

October 13th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah mengadakan satu pertemuan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Susulan pertemuan itu, Anwar Ibrahim dalam satu sidang media khas mengesahkan telah mempersembahkan kepada Agong dokumen sahih sokongan ahli parlimen terhadap beliau.

Mohon beri ruang kepada Yang di-Pertuan Agong

Dalam sidang media tersebut, Anwar turut mendakwa mendapat sokongan lebih 120 ahli parlimen yang lain. Kata Anwar lagi, Yang di-Pertuan Agong telah memaklumkan kepada beliau bahawa Tuanku akan berjumpa dengan ketua-ketua parti untuk mengesahkan mengenai jumlah sokongan itu.

Sebagai hamba Allah dengan ujian dan rahmat-Nya, kesabaran dan iltizam demi membela nasib agama bangsa tercinta.

Saya pohon semua pihak beri ruang kepada Tuanku untuk menjalankan tanggungjawab mengikut lunas perlembagaan dan budi bicara Tuanku untuk menelaah dan memanggil sehari dua lagi bagi mengesahkan dan mendapat input daripada ketua-ketua parti politik.

Tambahnya lagi, Yang di-Pertuan Agong akan mempunyai masa sewajarnya untuk pertimbangkan bukti yang beliau persembahkan.

Sumber: Anwar Ibrahim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×