berita

Anzalna Nasir Hias Muka Depan Cosmopolitan Edisi September 2012

August 30th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Populariti semakin meningkat? Anzalna yang kini sering muncul di kaca televisyen samada telemovie ataupun drama sedikit demi sedikit mengukir nama.

Bekas peserta Dewi Remaja yang turut bertanding bersama Izara Aishah dan juga Neelofa ini pernah melalui pengalaman dihimpit kontroversi apabila secara tidak sengaja meluahkan perkara yang tidak dimaksudkannya.

Namun selepas perkara itu berlalu, Anzalna kini kelihatan semakin bersinar. Drama-drama yang dibintanginya menjadi sebutan ramai seperti Sirrun, Suria Di Cordoba dan juga Ramadhan Terakhir. Telemovienya yang terbaru bertajuk “2 Dalam 1” juga menjadi perhatian apabila dia digandingkan bersama Anas, bekas peserta Mentor 6.

Selain rancangan televisyen, Anzalna kini sedang menantikan filem-filem lakonannya untuk dilancarkan di pawagam. Antaranya ialah filem “Sepah The Movie”, “Tyickoons”, “Adam & Hawa”, dan juga “Dr K Kahwin Lima”.

Anda mahu tahu lebih lanjut mengenai Anzalna dan juga perkara-perkara peribadi yang anda tidak sangka tentang Anzalna? Sila dapatkan majalah Cosmopolitan edisi September 2012 sekarang!