berita

Anzalna Nasir Hiasi Muka Depan EH! Malaysia Edisi Oktober

September 26th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bagi para pemerhati industri, OHBULAN! tahu anda mesti setuju jika kami katakan Anzalna Nasir kini sedang meningkat naik.

Bukan sahaja di kaca-kaca televisyen, Anzalna kini juga sering menghiasi majalah-majalah dengan wajahnya yang jelita. Terbaru dari majalah EH! Malaysia, Anzalna Nasir yang mula dikenali menerusi Dewi Remaja telah dipilih sebagai gadis cover muka depan majalah yang berteraskan fesyen, kecantikan dan hiburan ini.

Apa yang pasti, walau dalam apa gaya, solekan mahupun pose, Anzalna sememangnya seorang yang berwajah jelita dan mempunyai potongan tubuh yang ‘awesome’.

Mahu lihat lebih lanjut foto-foto Anzalna Nasir serta apakah yang dibualkan Anzalna bersama EH!, anda boleh dapatkan majalah ini untuk edisi Oktober 2012 nanti. Anda boleh dapatkan info lanjut di laman rasmi EH! Malaysia.

SKIP THIS AD ×