
Pelakon jelita Anzalna Nasir meluahkan hasratnya untuk membantu murid sekolah yang kurang berkemampuan.
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Dedah ‘Followers’ Makin Meningkat – ‘Hati Mereka Baik, Tak Boikot Pun’
Artikel Berkaitan: ‘Tak Suka Saya Angkat Dulang? Lepas Ini Angkat Kerusi’ – Anzalna Nasir
Anzalna prihatin

Menerusi sebuah hantaran di Threads, seorang guru memuat naik foto sepasang kasut sekolah milik anak muridnya yang dilihat sudah rosak dan berlubang.
Prihatin dengan murid tersebut, Anzalna kemudian dilihat membalas hantaran itu dan memaklumkan pada guru berkenaan untuk membantu pelajarnya.
Cikgu, boleh kongsi sikit tentang murid ini? Saya nak belikan dia kasut dan beg sekolah baru.
Pakaian dia masih okay ke?
Saya rasa mungkin ramai juga yang nak bantu keluarga murid ini, betul tak?
Bantu murid-murid

Difahamkan pihak sekolah telah pun menghubungi ibu pelajar terbabit dan memberitahu tentang keadaan murid tersebut.
Guru berkenaan juga berkata, dia akan membeli kasut baharu yang lebih berkualiti untuk murid itu.
Bagaimanapun, pemilik nama Nur Anzalna Mohd. Nasir, dilihat tetap mahu membantu murid-murid lain yang kekurangan dari segi keperluan barangan sekolah.
Sumber: Anzalna & Madihahnur





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

