berita

Apa Azam Korang Tahun Ni? Ini 5 Azam Tahun Baru Yang Paling Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia!

December 13th, 2021 | by Syamirul
Kini Trending

Tahun 2021 hampir melabuhkan tirainya. Seperti biasa, tibanya tahun baru, mesti korang akan membuat azam baru, iaitu untuk memperbaiki diri dari segi kerjaya mahupun peribadi.

Haa…Namun apa azam yang paling popular sekali dan ada tak korang mempunyai azam yang sama?

Jom kita tengok azam paling popular yang hanya rakyat Malaysia je boleh relate!

Diet

Rasanya ramai yang bersetuju kalau kita katakan tahun baru ni sebagai waktu yang terbaik untuk korang mula berdiet. Yelah, korang akan rasa nak diet bila sarung baju atau seluar dah sendat, naik tangga sikit je dah penat kan?

Malah ini antara azam yang paling popular bukan sahaja buat rakyat di negara kita malah di seluruh pelusuk dunia.

Tapi tak apa, tahun baru ni korang kena fokus untuk kurus dan tanamkan niat untuk kurus sebab nak sihat tau. Jangan “hangat-hangat tahi ayam” pulak!

Berkahwin / Tamatkan zaman solo

Kalau korang nak tahu, ini merupakan azam yang paling popular sejak azali lagi tapi untuk orang yang masih solo lah!

Korang pun tahu kan, tahun lalu agar sukar untuk melangsungkan perkahwinan. Malah ada yang terpaksa menunda atau mengubah tarikh perkahwinan sebab penularan wabak Covid-19.

Namun yang berazam untuk berkahwin pada tahun ini, harapnya azam korang ni tercapai. Bagi yang masih solo tu jangan risau tau, kalau dah jodoh pasti tak kemana.

Karier

Kalau kita tengok sekarang banyak syarikat dan perniagaan akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan pada akhir-akhir tahun ini.

Malah azam ini antara yang paling popular dari dulu & yang peliknya masih diguna pakai sehingga ke hari ini.

Semenjak penularan COVID-19 ni kita dapat lihat bertapa susahnya nak cari kerja kan? Harap tahun baru kali ini membuka pintu rezeki untuk korang yang sedang cari kerja tu. Jangan mudah berputus asa!

Apa-apa pun kami mendoakan korang agar selamat mengejar apa yang korang impikan!

Memperbaiki diri

Tahun baru bukan sahaja masa untuk korang ‘refresh’ semula tetapi masa ini juga lah untuk korang membuka ‘buku baru’.

Tinggalkan lah segala benda yang buruk pernah berlaku dalam hidup korang. Harap korang mulakan hidup yang jauh lagi baik dari sebelumnya untuk tahun baru kali ini tau.

Setiap manusia pasti melakukan kesilapan namun perkara yang terbaik ialah memperbaiki diri untuk jadi yang lebih baik dari sebelumnya.

Korang jangan lupa tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni!

Luangkan masa dengan yang tersayang

Korang nak tahu tak, orang-orang yang ada disekeliling korang itu adalah sesuatu yang lebih berharga dari wang ringgit.

Jadi korang kenalah hargai mereka selagi boleh dan jangan menyesal dikemudian hari. Apa yang korang boleh buat ialah luangkanlah masa dengan yang tersayang dan cipta memori terindah bersama.

Kita pun sudah nak beralih ke fasa epidemik, jadi gunakan masa ni untuk jumpa orang yang tersayang selepas hampir setahun lebih hanya bersua secara maya.

Haa… Korang jangan pening-pening pulak, masih sempat lagi korang nak pikir tentang azam tahun baru ni.

McDonalds’s membawa harapan tahun baru untuk korang!

https://www.facebook.com/My.McDonalds/videos/594494321831030

Disebabkan lagi beberapa minggu je nak tahun baru kan, korang yang masih belum ada azam tahun baru tu jangan risau tau sebab, Prosperity Burger kini Kembali lagi untuk tahun ke-28 tau, membawa harapan tahun baru. WOW!

Korang mesti excited kan?

Sejak diperkenalkan pada tahun 1994, Prosperity Burger telah menjadi kebanggaan McDonald’s. Bukan itu sahaja, Prosperity Burger juga telah menjadi makanan ruji bermusim klasik yang sangat digemari oleh semua rakyat Malaysia.

Sebagai salah satu item menu tempatan dan warisan Malaysia, Prosperity Burger terus menjadi salah satu ciptaan paling membanggakan McDonald’s Malaysia, bukan sahaja dinikmati oleh seluruh negara pada setiap tahun, tapi Prosperity Burger ni juga mempunyai peminat di luar Malaysia termasuk, Taiwan, Korea dan Hong Kong. Hebat kan!

Yang menarik lagi, tujuan McDonald’s pada kali ini ialah nak semua pelanggan mereka berkumpul dengan orang tersayang sambil menikmati Burger Prosperity Bersama. Best kan!

Banyak kenangan yang berharga telah dicipta dengan hidangan Prosperity Burger ni tau, sampai semua orang tertunggu-tunggu.

Burger Prosperity kegemaran ramai kini kembali untuk masa yang terhad!

Selama 28 tahun, Burger Prosperity membuat kemunculan pada setiap tahun dengan, mempersembahkan rasa pedasnya daging ayam atau daging lembu yang dihiasi dengan bawang segar serta diapit dengan roti bijan klasik. Terliur kan!

Yang lagi menariknya, Burger McDonald’s dibuat dengan bahan-bahan yang berkualiti terbaik termasuk 100% halal, roti daging berair, roti gebu yang dihantar terus dari kedai roti yang disahkan halal dan sayur-sayuran segar dari sumber tempatan. Memang tak rugi kalau korang cuba!

Membawa tema, “Kemakmuran, Tidak Kira Apa” McDonald’s berharap agar semua rakyat Malaysia dapat bersama-sama meraikan detik-detik yang menggembirakan ini dengan Burger Prosperity seiring dengan peralihan fasa epidemik.

Erti kemakmuran yang sebenar ialah, bukan apa yang korang ada tetapi siapa yang korang miliki untuk mencipta detik-detik yang berharga bersama.

Ini merupakan masa yang terbaik untuk menikmati Burger Prosperity bersama yang tersayang sebelum tahun baru bermula.

Sambil makan, sambil menang!

Sambil-sambil korang menikmati Burger Prosperity tu, jangan lupa untuk join Peraduan Gifts of Prosperity “Imbas & Menang” yang berlangsung dari 2 Disember 2021 hingga 5 Januari 2021.

Banyak hadiah yang menarik menanti, jadi apa tunggu lagi cepat lah join dan jangan lepaskan peluang ni!

Cara nak sertainya pun sangat mudah. Korang hanya perlu beli Burger Prosperity dan imbas kod QR pada pembalut burger. Kemudian, isikan butiran diri korang dan korang bakal berpeluang memenangi hadiah. Mudah kan!

Antara hadiah yang akan dimenangi ialah:

  • Proton X70 x 1
  • TV Samsung 55″ x 3
  • Samsung Galaxy S21+ (256GB) x 3
  • Samsung Galaxy S7 Tab x 5
  • Penapis Udara Dyson x 5
  • Jam Tangan Venu S2 x 5
  • Pembesar Suara Bluetooth Bose x 5

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Menurut, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai, McDonald’s Malaysia sentiasa teruja dengan kembalinya Prosperity Burger setiap akhir tahun dan awal tahun baharu.

“Selain itu, Prosperity Burger sentiasa menjadi harapan bagi semua rakyat Malaysia. Ketika kita perlahan-lahan kembali normal dan bersiap sedia untuk menyambut tahun baharu, ini merupakan masa terbaik untuk setiap pelanggan menikmati saat-saat gembira bersama orang tersayang dengan kelazatan Burger Prosperity, yang telah menjadi kegemaran ramai sejak 28 tahun lalu,” tambah Melati.

Jadi, jangan lupa dapatkan Prosperity Burger yang digemari di cawangan McDonald’s terdekat atau melalui McDelivery!

Untuk info lanjut korang boleh ke FacebookInstagram dan laman web McDonald Malaysia.

SKIP THIS AD ×