berita

Apa! Dah Bosan Dengan Langganan Strim Yang Biasa? Jom Layan Prime Video, Macam-Macam Ada!

November 16th, 2023 | by Syamirul
Shout Out!

Siapa yang tak pernah melanggan Prime Video cuba angkat tangan sikit!

Haaa…Kalau korang nak tahu, Prime Video ni merupakan satu platform penstriman video yang tengah popular sekarang tau.

Banyak movie dan filem-filem yang tengah trending  korang boleh tonton di sini. Mesti korang tertanya-tanya filem apa yang tengah trending kan? Jom min kongsikan.

Adik vs abang, siapa paling ‘King’!

Harap-harap ada lah ‘happy ending’ untuk mereka ni semua eh. Haaa…Kalau korang nak tahu tiada istilah ‘happy ending’ dalam kamus hidup Budak Flat ni tau.

Bak kata ahli kumpulan kongsi gelap ni, darah dibalas darah, nyawa dibalas nyawa! Takut tak?

Kisah mengenai dua beradik, Aman lakonan Zahiril Adzim bekas pencuri dan Riz lakonan Pablo Amirul seorang pengedar dadah yang terpaksa berlawan sesama sendiri kerana desakan keadaan sekeliling.

Filem ‘Budak Flat’ ini memfokuskan kepada satu perumahan flat yang menjadi sarang penjenayah dan masing-masing terpaksa bertarung untuk meneruskan hidup.

Semua ini terjadi apabila Aman dituduh membunuh ahli kumpulan kongsi gelap Riz, sehingga mengakibatkannya dia diburu sehingga ke lubang cacing.

Pertempuran dua beradik ini menjadi lebih sengit apabila semua penduduk flat itu secara tidak sengaja terlibat dalam masalah ini. Fuhhh lain macam eh!

Adakah kebenaran akan terungkap? Kalau nak tahu kenalah tengok filem ‘Budak Flat’ ni. Hehehe!

Filem terbitan Skop Productions, arahan Eugene Lim dan Syafiq Yusof ini memberikan gambaran bagaimana kisah kehidupan berjiran yang bukan sahaja berkongsi bumbung, malah berkongsi persahabatan, gelak tawa dalam mengejar impian masing-masing.

Lakonan hebat dari Zahiril Adzim, Pablo Amirul, Nabila Huda, Balan Kash, dan Aaron Aziz ni memang akan membuatkan adrenaline rush korang membuak-buak tau. Tak percaya? Tunggu dan lihat, jangan cakap min tak bagi tahu.

Filem aksi Amazon Original pertama dari Malaysia, ‘Budak Flat’ akan ditayangkan di platform penstriman Over The Top (OTT), Prime Video pada 16 November 2023 ini termasuk 240 wilayah lain di seluruh dunia tau. Wow, tak sabarnya!

Jatuh cinta dengan si penculik? Biar betul!

Jadi penculik sebab nak beli jantung, sekali mangsa catch feeling pulak. Betullah tu jodoh ada di mana-mana guys.

Filem Tebus ini mengisahkan seorang pengawal keselamatan yang terdesak, Johan lakonan Aedy Asyraf yang menculik pewaris barangan kemas, Ana lakonan Ahirine Ahirudin untuk mendapatkan jantung di pasaran gelap bagi membantu adiknya, Jalil lakonan Idan Aedan.

Ingat kan dah culik Ana semuanya berjalan seperti yang dirancang, tapi ada plot twist guys, sebab bapa tiri Ana, Bakar lakonan Azhan Rani memang nak Ana ni mati.

Segala-galanya berubah selepas Ana jatuh cinta dengan Johan dan merancang untuk mendedahkan segala perbuatan jahat ayah tirinya.

Adakah Johan berjaya mendapatkan jantung untuk adiknya? Kalau nak tahu lebih lagi cepat klik SINI untuk menonton.

Siapakah penerus legasi keluarga ini!

Seorang hartawan perniagaan mati kena serangan jantung? Anak-anak berebut harta pusaka? Semua rahsia gelap terbongkar? Apa dah jadi ni guysss!

Pepatah ada mengatakan harimua mati meninggal kan belang, manusia mati meninggalkan nama betul tak? Tapi dalam cerita ‘Entitled’ ni lain beb.

Agak-agak korang siapa yang akan menjadi penerus legasi keluarga ni? Ada pertumpahan darah berlaku ke nanti eh?

Haa…Nak tahu tengok lah filem ni. Kalau min cerita semua nanti tak best lah pulak kan.

Filem ‘Entitled’ arahan Jason Chong ini menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti, Aiman Hakim, Keith Foo, Zahirah MacWilson, Janna Nick, Jalaluddin Hassan, Susan Lankaster, Namron ini akan mula ditayangkan pada 30 November 2023 di Prime Video.

Tunggu apa lagi guysss, cepat langgan dan tonton semua filem ni di Prime Video. Confirm korang tak akan menyesal!

Untuk strim secara langsung, korang boleh layari laman web mereka di SINI.

SKIP THIS AD ×