berita

Apa Dan Siapa Yang Berikan Korang Lebih Keriangan Ketika PKP Ni? Jom Kongsikan Cerita Korang!

June 21st, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Ketika pandemik ni, semua orang perlukan sokongan. Ada yang perlukan sokongan moral, ada yang perlukan sokongan emosi, dan tak kurang juga yang memerlukan sokongan mental. Bagi yang pertama kali kerja dirumah, sokongan dari rakan sekerja untuk membantu dari segi mengajar benda baru malahan bekerjasama untuk menjadikan kerja kita lebih mudah dan lancar amatlah diperlukan.

Bukan sahaja dari orang lain, tapi ada juga yang menyokong  diri sendiri! Wahh hebat lah korang ni! Nampak remeh tapi sokongan apa jua sokongan yang diterima sangatlah dihargai.

Orang yang membantu kita untuk beri lebih senyuman ketika PKP ni tak semestinya orang terdekat tau. Walaupun ibu bapa dan kawan-kawan kita jauh dan sering dirindui, tapi mereka masih lagi beri kata semangat untuk kita teruskan kehidupan dengan lebih bertenaga, lagi-lagi ketika PKP ni berlangsung.

Macam-macam yang kita cuba untuk dapat lebih keriangan ketika PKP ni kan? Apa pula cerita korang?

Sama ada diri sendiri atau orang sekeliling, apa kata korang tunjukkan perhargaan tu?

Bukan senang nak dapatkan orang yang hargai kita. Lagi-lagi ketika lockdown ni. Sama ada adik beradik, kawan-kawan atau ibu bapa, ketika lockdown ni lah memang masa yang sangat-sangat kritikal untuk kita mendapat sokongan dan dihargai oleh orang-orang sekeliling kita sama ada yang jauh atau yang dekat.

Tapi kadang-kala, sokongan itu tak datang pun dari orang luar tapi dari diri kita sendiri! Sebabnya kita terjumpa hobi baru atau bakat baru yang terus tukar kehidupan kita ketika lockdown ni. Tak kurang juga yang bela haiwan peliharaan baru!

Itu pun boleh berikan sinar dalam hidup tau! Kalau dulu korang bangun tidur lemau je sebab duduk rumah tapi sekarang excited dah nak bangun dan mulakan hari korang.

Walaupun selalunya orang yang bantu kita ni tak nak apa-apa balasan, tapi kita mesti boleh cari jalan untuk tunjukkan betapa hebatnya mereka dimata kita dan bagaimana sokongan mereka memberi impak yang besar kepada hidup kita!

Korang boleh tunjukkan penghargaan tu dengan masuk peraduan ni! Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai dan baucar foodpanda tau! Boleh la beli barang basah dari pandamart atau beli makanan best-best dari foodpanda lepas ni.

Jomlah kongsi kisah keriangan korang & macam mana korang hadapinya ketika PKP ni!

Jom la kongsikan cerita korang! Boleh tukar-tukar cerita. Mana tahu daripada cerita korang tu boleh beri inspirasi dekat orang untuk berkongsi atau jumpa hobi baru juga kan? Korang hanya perlu :

Ceritakan bagaimana korang dapat atau temui lebih keriangan ketika PKP ni dan kongsikan gambar tersebut di ruangan komen di FB post di bawah! 

Sebagai contoh, kalau ketika PKP ni korang temui hobi baru yang membuatkan PKP korang lebih bertenaga atau, kalau ketika PKP ni ada kawan-kawan, ibu bapa atau kawan-kawan yang memberi lebih sokongan kepada korang untuk jadi lebih semangat dan ceria, ha korang boleh juga ceritakan mengenai mereka!

Itu sahaja dan seramai 3 orang pemenang akan dipilih nanti selepas 2 minggu. Nak tahu apa yang diorang akan dapat?

  • Hadiah Utama: Pemenang tempat pertama akan menerima wang tunai bernilai RM1000, baucar foodpanda bernilai RM300 dan juga langganan pandapro percuma
  • Tempat kedua: Pemenang tempat kedua pula akan menerima wang tunai bernilai RM500, baucar foodpanda bernilai RM200 dan  juga langganan pandapro percuma
  • Tempat ketiga: Pemenang tempat ketiga akan menerima baucar foodpanda bernilai RM200 dan juga langganan pandapro percuma

Bukan itu sahaja, foodpanda juga akan berikan langganan pandapro percuma sebagai hadiah saguhati dekat komen-komen yang terpilih! 

Bagi yang tak tahu, pandapro ni merupakan langganan bulanan foodpanda yang beri korang lebih peluang untuk mendapat tawaran eksklusif dan juga lebih banyak faedah bila korang beli makanan atau pun barangan keperluan!

Sekarang lagi best sebab dengan langganan tersebut, korang boleh dapat 20 penghantaran percuma dalam sebulan! Korang boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai langganan pandapro ni di aplikasi foodpanda! 

Bestnya! Jadi jangan lupa untuk kongsi cerita korang tau!

Best kan? Korang hanya post gambar je lepas tu dan berpeluang untuk mendapat RM1000! Siapa nak kasi duit sebanyak itu ketika PKP ni guys. Siap dapat baucar dan langganan pandapro lagi , ha lepas ni kalau menang korang boleh belanja kawan korang tu macam-macam!

Pemenang akan diumumkan di ruangan komen tersebut dan akan dihubungi untuk mendapatkan info selanjutnya.

Tak tahu nak cerita apa? Jangan risau korang boleh tengok dulu apa yang orang kongsikan. Sebab..

Akan ada peluang kedua nanti! Tapi tak boleh lah bagitahu sekarang kan? Jadi, jangan risau kalau tak berjaya dipusingan ni. Nantikan update terbaru di Facebook OHBULAN! Mungkin korang akan bertuah nanti? Goodluck guys!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×