Hati ibu mana yang tidak luluh apabila anak yang dikandung selama 9 bulan, dilahirkan setelah bertarung nyawa dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh diperlakukan sesuka hati dengan kekerasan yang tidak tercapai dek akal.
Kalau diikutkan naluri halus seorang ibu, pasti sayang dan tidak mahu meninggalkan anak walau seketika dalam jagaan orang lain. Namun apakah daya, lumrah wanita bekerjaya yang harus mencari rezeki demi mengisi periuk nasi, anak tersebut diamanahkan dalam jagaan sang pengasuh. Umpama harapkan pagar, pagar makan padi – kepercayaan yang diletakkan kepada pengasuh dibalas dengan kekecewaan apabila anak yang dikasihi dipulangkan dengan kesan lebam dan berbirat pada bahagian pipinya. Kami turut sedih membaca luahan hati wanita ini yang dimuat naik di status Facebooknya.
“Kuatlah Duhai Anak!”
Apa dosa Nawra??
“Nawra Trauma Dan Takut Ummi Dan Papa Hilang Lagi!”
Hanya Mampu Redha!
Allah Sentiasa Ada
Kami doakan agar wanita ini tabah dan anaknya yang comel ini dikurniakan kesihatan yang baik serta membesar dalam lindungan Allah SWT. Amin.
Sumber: Nadea Teja