
Pelakon Anzalna Nasir menyeru agar tokoh awam (public figure) memanfaatkan pengaruh mereka di media sosial, khususnya dalam mengangkat isu-isu global.
Artikel Berkaitan: Solidariti GSF: Anzalna Nasir Bangga Anak Sulung Jadi Imam Solat Hajat Di Sekolah, Kelibat Afwa Di Saf Makmum Curi Perhatian
Artikel Berkaitan: ‘Rezeki Suami Akan Bertambah Bila Belanja Untuk Keluarga’ – Anzalna Nasir
Guna pengikut berjuta

Menurut Anzalna, tiada ertinya memiliki jutaan pengikut jika platform tersebut hanya digunakan untuk kepentingan peribadi dan perniagaan semata-mata.
Apa gunanya mempunyai berjuta pengikut jika ia hanya digunakan untuk kepentingan peribadi atau perniagaan semata-mata.
Gunakan pengaruh anda sebaik mungkin bukan hanya untuk perniagaan, tetapi juga untuk memberi suara kepada perkara yang benar-benar memerlukan perhatian.
Kata Anzalna, 37, tidak perlu terlalu bimbang soal rezeki terjejas kerana segala-galanya datang daripada Allah SWT.
Jangan takut rezeki akan terjejas percayalah, rezeki semuanya datang dari Allah.
Beauty with brain


Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji tindakan pemilik nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir yang disifatkan sebagai lantang dan berani.
Selain itu, peminat turut menyifatkan ibu kepada dua cahaya mata ini bukan sahaja memiliki rupa paras menawan, tetapi juga bijak dalam berfikir dan menyuarakan pandangan.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)