berita

Apa Jadi Bila Dua ‘Madu’ Kena Jaga Satu Kampung? Confirm Kalut! Tonton Kampung Kolestrol Di TV9 Bermula 20 April

April 20th, 2021 | by Zulaikha
Shout Out!

Saluran kegemaran rakyat Malaysia TV9 kembali dengan sebuah drama baru iaitu Cinta Kolestrol yang bakal bersiaran bermula 20 April ini. Drama Kampung Kolestrol akan ditayangkan pada hari Isnin sehingga Rabu jam 8.30 malam hanya di TV9.

Wanita pertama jadi ketua kampung?

Drama Kampung Kolestral kali ini bukan seperti filem Cinta Kolestral yang pernah wujud sebelum ini, drama ini mengisahkan mengenai gelagat komedi yang ditonjolkan oleh penduduk kampung di situ. Kebanyakan penduduk di situ mengamalkan gaya hidup yang tidak ‘sihat’ dan sama sekali tidak mengambil berat terhadap kesihatan diri.

Bagaimanapun, penduduk di situ masih mementingkan nilai-nilai ketimuran dan adab-adab masyarakat Melayu yang masih menjadi prinsip hidup. Drama Kampung Kolestrol ditonjolkan menerusi watak utama Kak Bib yang merupakan ketua kampung wanita pertama di kampung berkenaan dan dibantu madunya sendiri melalui watak Kak Gee yang merupakan timbalan ketua kampung.

Walau bagaimanapun, watak antara Kak Bib dan Kak Gee kontra antara satu sama lain di mana Kak Bib lebih ‘lasak’ berbanding Kak Gee yang dilihat lemah lembut. Lebih memeningkan, apabila kampung tersebut perlu diuruskan oleh mereka berdua tanpa kehadiran suami yang bekerja di luar kawasan.

Pelbagai masalah yang timbul

Lebih memeningkan apabila kedua-dua wanita ‘cekal’ ini berdepan dengan pelbagai masalah yang berlaku di dalam kampung tersebut. Antaranya ialah permasalahan geng membawang, kumpulan marhaban, kumpulang kompang, golongan lelaki yang enggan menunaikan solat Jumaat dan pelbagai lagi masalah ‘kronik’ yang berlaku. Namun, di sebalik permasalah tersebut terdapat dua individu ‘istimewa’ yang akan menyiasat dan membantu menyelesaikan segala masalah tersebut.

Drama ini dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat antaranya Mas Idayu, Ziana Zain, Adi Putra, Hun Haqim, Aiman Tino, Haqiem Rosli, Sufian Suhaimi dan ramai lagi. Jadi korang nak tahu, berjayakah Kak Bib dan Kak Gee menyelesaikan masalah yang berlaku di Kampung Kolestral ditambah pula jauh dengan suami sendiri?

Jangan lupa saksikan Kampung Kolestral khas di TV9.

SKIP THIS AD ×