Minggu keenam program Famili Duo menyaksikan pasangan sepupu, Naim Daniel dan Sissy Imann menerima kritikan yang sangat teruk daripada juri profesional, Mas Idayu. Bertemakan ‘Tradisional’ pasangan ini dilihat gagal mempamerkan persembahan yang baik.
Artikel berkaitan: ‘Aliff Berusaha Berubah Jadi Insan Lebih Baik, Saya Mahu Berubah Bersamanya’ – Bella Astillah
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kereta Malam’ Siti Sairah & Siti Saida Vazz, Raih Juara Mingguan Konsert Kelima!
Apa kamu buat?
View this post on Instagram
Untuk minggu keenam, Sissy dan Naim bersepakat memilih lagu ‘Jampi’ nyanyian Hael Husaini. Ternyata kelainan yang ingin ditonjolkan oleh Naim dan Sissy pada malam ini kelihatan tidak berjaya meskipun mereka telah mendapat nasihat dan bimbingan daripada penyanyi, Bob Yusof.
Menurut Mas Idayu, dia tidak faham apa yang mereka berdua hendak sampaikan. Tambah Mas Idayu, lagu ‘Jampi’ ini terlalu besar. Sebagai juri, Mas Idayu turut berkata dia melihat persembahan Sissy dan Naim sangat tidak cantik. Oleh sebab itu, dia menyatakan rasa tidak suka ketika memberi komen secara ‘live‘.
Di samping itu, Ajai turut berkata cara penyampaian pasangan ini terlalu kasar sehingga kesedapan dan kelembutan lagu tersebut jadi hilang.
Kamu sebenarnya ada idea. Saya puji idea kamu yang ke arah muzik kerana buat jampi ke keroncong. Kamu selalu tukar keaslian lagu dan konsep. Penyampaian kurang. Saya dengar, kesedapan dan kelembutan lagu tu jadi kasar sikit. Kira tak sampai la. Jadikan sebagai pengajaran.
Kelihatan mengalir air mata
View this post on Instagram
Berikutan daripada komen yang diberikan juri, Sissy Imann kelihatan sebak dan mengalirkan air mata. Meskipun diminta untuk meluahkan isi hati pada waktu tersebut, pelantun suara ‘Mungkin Kamu’ ini hanya berdiam. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Sissy tidak kelihatan berada di atas pentas ketika keputusan pemenang mingguan diumumkan. Sebarang penjelasan daripada Sissy akan dikemaskini kelak.
Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata netizen berpendapat cara komen Mas Idayu agak keterlaluan. Bahkan, ada yang menyifatkan penyanyi dangdut itu terlalu emosi sehingga tidak dapat mengawal perasaan. Walau bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang berpendapat Mas Idayu sangat sayangkan kesemua peserta dan berharap mereka melakukan yang terbaik setiap minggu.