
Rumah tangga pempengaruh media sosial, Bengah, didakwa sedang bergolak selepas isterinya, Cik Bunga memuat naik beberapa luahan di media sosial.
Rumah tangga bergolak?
View on Threads
Menerusi hantaran yang dikongsikan semula oleh warganet di platform Threads, Cik Bunga atau nama lengkapnya Nur Mahfuzah Zulkifli, mendakwa rumah tangganya telah hancur dan mempersoalkan peranan suaminya sebagai pelindung.
Dalam hantaran di Instagram Story, Cik Bunga mendakwa suaminya Bengah atau nama lengkapnya Hammad Zamakhashari Mohd Noor telah memburuk-burukkannya secara terbuka ketika sesi siaran langsung.
Apa yang tak pernah kau buat pada aku?? Kau suka kan benda ni jadi? Kau yang jahat mulut burukkan aku itu ini dalam live!
Hidup aku musnah! Rumah tangga aku hancur! Apa lagi kau nak pertahankan?
Difahamkan, dakwaan yang timbul menyatakan bahawa isu rumah tangga pasangan itu dikaitkan dengan kehidupan mereka yang tinggal serumah bersama keluarga mentua.
Bukan itu sahaja, Cik Bunga turut berkongsi perbualan suaminya itu bersama beberapa wanita lain.
Screenshot perbualan

Sumber: Threads






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
