berita

‘Apa Mereka Cakap Benar’ – Daud Kim Akui Guna ‘Islam’ Raih Populariti

September 2nd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sebelum ini, Daud Kim yang merupakan Youtuber Korea, Daud Kim yang popular dalam kalangan pengikut Malaysia dan Indonesia telah memuat naik video permohonan maaf setelah didakwa atas cubaan rogol. Bagaimanapun, video tersebut dipadam selepas beberapa hari.

Artikel Berkaitan : [VIDEO] ‘Saya Mohon Maaf’ – Didakwa Atas Cubaan Rogol, Daud Kim Tampil Dedah Kisah Sebenar

Terbaru, Daud Kim sekali lagi membuat permohonan maaf selepas mangsa tidak berpuas hati dengan lelaki itu yang memungkiri janjinya untuk mengekalkan video permohonan maaf itu di laman Youtube miliknya.

Saya minta maaf kepada mangsa

https://www.youtube.com/watch?v=f0s5GSAP36Y&feature=emb_title

Pertama sekali, saya minta maaf atas permohonan maaf saya sebelum ini. Saya tidak pertimbangkan kemahuan mangsa. Saya hubungi mereka dan saya rasa perbuatan saya sangat teruk. Saya tidak akan memberi alasan lagi.

Memang benar saya mabuk dan apa yang diperkatakan mangsa adalah semuanya benar. Saya yang melakukan jenayah ini dan saya yang minum alkohol. Perkara ini membuatkan mereka trauma setahun lamanya.

Daud Kim turut membuat permohonan maaf kepada mangsa dan kawan-kawannya. Dia akui turut rasa bersalah atas kesalahan yang dilakukan dan memohon agar orang ramai tidak meninggalkan komen-komen buruk kepada mereka.

Saya minta maaf kepada semua orang Islam yang derita atas perbuatannya. Disebabkan saya, imej Islam tercalar dan keikhlasan muslim di Korea jadi pertikaian ramai. Saya minta maaf. Jangan salahkan Islam tapi salahkan saya.

Demi raih populariti di Youtube

Selepas saya masuk Islam, saya banyak melakukan perbuatan terkutuk. Saya minum arak dan pergi ke kelab malam. Saya juga keluar dengan ramai wanita. Saya banyak kenal dengan wanita di aplikasi ‘dating’ walaupun semasa di luar negara Turki dan Indonesia. Saya juga menyakitkan hati wanita dengan kata-kata dan perbuatan saya.

Tak cukup dengan itu, Daud Kim turut mengaku menggunakan Islam hanya untuk meraih tontonan dan keseronokan tanpa mengambil kira hukum dan hakam agama tersebut.

Saya berlakon jadi baik di hadapan kamera untuk raih populariti walaupun saya bukan seorang yang baik. Saya bertaubat dan maaf kepada yang menyokong saya selama ini.

Sudah berkahwin

Saya sudah berkahwin 3 tahun lepas dan mempunyai seorang anak lelaki. Namun perkahwinan saya tidak bahagia atas beberapa sebab. Sekarang saya hubungi bekas isteri hanya untuk berjumpa anak saya. Saya tidak dapat bercakap lebih kerana dia (bekas isteri) mahukan privasi hal ini.

Bukan itu sahaja, youtuber itu juga menggunakan peluang ini untuk mengakui bahawa khabar angin mengenai dia yang sudah berkahwin dan mempunyai anak sememangnya adalah perkara yang sahih. Menurut lelaki itu, dia sudah pun berkahwin sejak 3 tahun lepas dan turut dikurniakan seorang cahaya mata.

Akhir sekali, Daud Kim memohon maaf dan memaklumkan untuk berehat daripada media sosial supaya dapat muhasabah diri atas kesalahannya ini. Dia juga berjanji akan mengubah dirinya mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Sumber : Youtube

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×