berita

Apa Perasaanku Sebagai Ibu – Guru ‘Tonyoh’ Makanan Di Muka Anak Autisme, Ibu Ini Terkilan

March 9th, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2016-03-08 at 11.10.47 PM

Tak dapat dinafikan menjaga dan membesarkan anak-anak kelainan upaya memerlukan pengorbanan serta kesabaran yang tinggi. Apatah lagi jika dikurniakan anak autisme.

Namun ibu mana mampu diam jika anak autisme yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh diperlakukan perkara yang tidak sepatutnya. Muka dilumurkan makanan oleh guru!

Apa perasaanku sebagai seorang ibu..

ibu

Kejadian yang dikatakan berlaku di sekolah sekitar Sikamat Negeri Sembilan ini mengundang rasa tidak puas hati keluarga kepada anak autism ini. Kejadian berlaku semasa rehat di kantin dan dilihat oleh murid-murid lain.

Takkan lah sebab lambat habis makan…

Screen Shot 2016-03-08 at 11.30.41 PM

Pihak keluarga telah bersemuka dengan pihak sekolah terbabit dan apabila ditanya mengapa anaknya ditonyoh makanan pada bahagian muka, guru tersebut memaklumkan mahu mendisiplinkan anaknya.

Screen Shot 2016-03-08 at 11.33.13 PM

Screen Shot 2016-03-08 at 11.33.27 PM

Laporan polis telah dibuat bagi membawa kes ini ke muka pengadilan. Apa-apa pun harap ibu kepada anak autism ini bersabar sebagaimana dirinya bersabar selama ini membesarkan anak autism.

Sumber : Pemerhati Bebas