Screen Shot 2015-01-14 at 1.56.27 AM

Agak terkejut kami membaca kisah mengenai perceraian antara Riezman Khuzaimi dan Kartina Ayoob yang kini merupakan bekas isterinya.

Tidak ada angin, tidak ada ribut, semalam akhbar Harian Metro melaporkan bahawa mereka berdua sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Tapi, apa puncanya?

Screen Shot 2015-01-14 at 2.01.04 AM

Tiada Persefahaman

Semasa sesi perbicaraan diadakan, Riezman dikatakan memberitahu hakim bahawa mereka berstuju untuk bercerai kerana sudah tiada persefahaman.

Bagaimanapun, mereka berdua sempat bermaaf-maafan kali terakhir sebagai suami isteri sebelum Riezman melafazkan cerai

Riezman Sugul

Ketika ditemui di luar mahkamah, Riezman enggan mengulas lanjut mengenai perceraiannya dan dia dilihat masih dalam keadaan sugul dan sebak.