berita

Apa Reaksi Anda Bila Frank Sinatra, MJ & N’Sync Nyanyi Lagu Dark Horse? Awesome.

April 28th, 2014 | by Ai
Video Popular

10 second songs

Pasti anda pernah dengar lagu Dark Horse yang dinyanyikan oleh Katy Perry bukan? Pernah tak terfikir bagaimana agaknya jika kumpulan Nirvana dan Iron Maiden pula menyanyikan lagu ini?

Kalau nak tahu, disebabkan lirik dan rentak lagu Dark Horse yang sangat catchy, ramai peminat Katy Perry telah muncul dengan cover lagu tersebut.

Namun, dalam banyak-banyak cover yang kami dengar, ada satu yang menarik perhatian kami iaitu cover daripada Ten Second Songs.

10 second songs

Menariknya, Ten Second Songs telah menyanyikan lagu Dark Horse dengan menggabungkan 20 versi penyanyi berbeza, antaranya Nirvana, Michael Jackson, N’sync, Pantera dan banyak lagi.

Video tersebut telah dimuat naik ke laman sosial Youtube milik Ten Second Songs sendiri pada Mac lalu, dan kini video berdurasi 3:55 saat itu telah menerima lebih enam juta penonton.

Antara 20 versi yang dinyanyikan, paling menarik perhatian kami ialah versi Frank Sinatra. Mana taknya, dengan rentak dan mood ala swing, siapa pun pasti akan teruja mendengarnya! Rasa ingin menari pula dibuatnya.

Selain mengimbau kenangan muzik Frank Sinatra, Ten Second Song juga mengubat kerinduan peminat kepada Kurt Cobain dan Michael Jackson apabila turut menampilkan gaya nyanyian yang seakan-akan sama seperti dua lagenda tersebut.

Malah, versi John Mayer turut tidak menghampakan. Pokoknya, kesemua 20 versi memang awesome lah!

Screen Shot 2014-04-28 at 11.49.53 AM

Antara babak dalam MV Dark Horse – Katy Perry

Bagaimanapun, semua versi mempunyai tarikan dan keunikannya yang tersendiri, malah ada peminat yang beranggapan versi Ten Second Songs lebih baik daripada penyanyi asal.

Apapun, kepada pembaca OHBULAN! yang masih belum menonton video tersebut, nah! kami sediakan khas buat anda.

SKIP THIS AD ×