berita

‘Apa Sahaja Kamu Lakukan, Saya Tetap Menang’ – TMJ Respon Dakwaan Perli Tun M

May 19th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Hubungan dingin antara Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sudah diketahui umum sejak sekian lama. Terbaru, satu pos Instagram TMJ dikatakan memerli pemimpin negara itu menerusi kapsyennya.

Seorang pengguna Twitter kemudiannya memuatnaik screenshot dan meluahkan kekesalannya berhubung kenyataan dikeluarkan TMJ itu jika benar ditujukan untuk Tun M.

Masa adalah segalanya

Kapsyen foto TMJ yang dirakam memandu salah sebuah koleksi kereta mewahnya itu menyebut mengenai kepentingan masa.

Masa adalah segalanya. Tak kiralah betapa banyaknya duit yang anda ada, anda takkan mampu beli masa. Walau apa pun yang anda lakukan pada saya, saya akan tetap menang.

Ini kerana saya ada banyak masa, anda tidak. Satu hari nanti saya akan berpaling pada mayat anda dan tersenyum.

Namun kapsyen berkenaan sudah diedit dan TMJ hanya meletakkan emoji jam pasir pada gambar berkenaan ketika ini.

Tiada siapa boleh cabar takdir

Seorang pengguna Twitter, Shamsul Kamal menujukan satu tweet dan memberi respon terhadap kapsyen TMJ itu. Antara lain Shamsul mengatakan usia muda tidak menjadikan seseorang itu sebagai ‘pemenang’ dan muda tidak menjamin seseorang hidup lama.

Tambah individu itu lagi, tiada manusia boleh mencabar takdir, termasuklah golongan diraja.

Tidak sebut tentang tua atau muda

TMJ kemudiannya membalas pos lelaki berkenaan dan menjelaskan dia tidak menyebut soal usia tua atau muda. Tambahnya, apa yang dimaksudkan adalah peluang. Apa yang ditulis adalah urusannya dan mempersoal individu itu ‘melompat sangat’ seperti mengetahui apa yang diperkatakan.

Tiada siapa patut jadi bongkak dan melawan takdir

Shamsul kemudiannya menerangkan mesej yang disampaikan difahaminya ditujukan untuk Tun M walaupun tiada nama disebut. Ujarnya, tiada siapa patut berlagak mencabar ketentuan takdir Ilahi.

Apa kaitan Tun, usia dan takdir?

TMJ turut menambah tiada siapa mencabar takdir kerana apa dimaksudkannya adalah dia mempunyai banyak masa. Kapsyen itu boleh juga bermaksud seseorang yang sudah kehilangan peluang. Dia juga bertanya kaitan antara Tun, usia dan takdir.

Tanya kalau tak pasti

Penjelasan itu diselesaikan dengan aman apabila TMJ meminta supaya pihak terbabit tidak membuat kesimpulan awal tanpa bertanya terlebih dahulu.

Sumber: TMJ

The following two tabs change content below.