Suatu ketika dahulu, kisah pergelutan rumahtangga Rita Rudaini dan pemain bola sepak Aidil Zafuan pernah menjadi bualan hangat netizen. Selepas bercerai Rita Rudaini kerap turun naik mahkamah untuk mendapatkan hak anak-anak.
Terbaru, menerusi sebuah buku yang ditulis Rita, beliau mendedahkan foto kenangan ketika akad nikah di sebuah gudang beras di Thailand. Selain turut menulis luahan hati buat dua cahaya matanya Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
‘Tidak mengapa anak, kita kena redha’
Rita meluahkan anak-anaknya kehilangan kasih sayang seorang bapa semenjak kecil. Tiada angin tiada ribut kehidupan bahagia yang dikecapi mereka musnah begitu sahaja. Dia sebagai ibu redha meskipun tidak mengerti ‘drama’ apa lagi yang dicipta.
Di ruangan komen, peminat turut sama bersedih membaca luahan dan video pendek koleksi gambar mereka sekeluarga.
Seorang yang kuat
Kamu akan lihat pelangi selepas ribut pergi
Sumber : Rita Rudaini