berita

Apa Yang Akan Terjadi Kalau Manusia Tinggal Serumah Dengan Rubah Berekor 9?

May 25th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Korang pernah dengar tentang legenda Gumiho? Kalau korang nak tahu, Gumiho merupakan urban legend dalam masyarakat Korea Selatan iaitu jelmaan rubah berekor sembilan yang memiliki energi yang kuat. Dikatakan Gumiho ni perlu hidup lama di dunia sebelum bertukar sepenuhnya menjadi manusia.

Haa..cakap pasal drama, kami nak kongsikan K-Drama terbaru di iQiyi iaitu My Roommate is a Gumiho yang korang boleh layan sepanjang PKP ni. Hmm..apa yang korang buat kalau roommate korang adalah seorang Gumiho? Nak tahu banyak lagi pasal drama ni? Jom baca dulu!

Adakah Gumiho ratusan tahun ni berjaya berubah menjadi manusia?

Drama rantaian yang bergenre romantik komedi dan fantasi ni mengisahkan Shin Woo Yeo (Jang Ki-yong) seorang Gumiho berusia 999 tahun yang hidup aman damai di dunia selama beratus-ratus tahun untuk menjadi manusia. Dia dah nak berjaya dah, tetapi tiba-tiba manik rubahnya yang diperlukan untuk menjadi manusia telah ditelan oleh Lee Dam (Lee Hye-Ri) tanpa sengaja. Alamak!

Manik tersebut boleh wujud di dalam badan manusia tak lebih dari 1 tahun dan akan pecah, seterusnya akan menyebabkan Lee Dam mati dan Shin Woo Yeo akan kehilangan peluang untuk menjadi manusia. Bermula dari kejadian ni, mereka mula tinggal serumah untuk mencari penyelesaian.

Pada mulanya memang macam anjing dan kucing diorang ni. Asyik gaduh je, tapi lama kelamaan mereka mula memahami dan berbaik antara satu sama lain.

Admin yakin yang drama My Roommate is a Gumiho ni confirm boleh buat korang tersenyum seorang diri. Mana taknya, Jang Ki Yong yang telah pun memenangi anugerah Pelakon Baru Terbaik di Baeksang Arts Awards ni, kali ni akan memegang watak Gumiho yang paling sweet di dunia!

Manakala Lee Hye Ri, iaitu maknae dalam kumpulan idol Girl’s Day pula yang sebelum ni terkenal dengan peranan utama dalam drama tv popular Reply 1988 (2015) akan membawa watak Lee Dam, seorang pelajar universiti yang lahir pada tahun 1999. Dalam drama ni, Lee Dam adalah gadis moden yang berani bersuara, pentingkan diri dan bersemangat tinggi.

Korang bayangkan jela gabungan mereka berdua ni, mesti ada chemistry!

Selain itu, drama yang diadaptasi dari Webtoon popular ini juga turut dibantu oleh beberapa artis popular seperti Kang Han Na, Kim Do Wan dan Bae In Hyuk.

Jom tonton dan nikmati faedah ekslusif di iQiyi!

Mesti korang dah tak sabar nak layan drama ni kan? Nak tengok kat mana?

Korang boleh saksikan drama My Roomate is a Gumiho ni secara percuma di iQiyi! Bukan itu je, korang juga boleh nikmati lebih 30,000 kandungan Melayu, Cina, Korea & anime tempatan yang bermutu tinggi dalam sarikata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Untuk pengalaman tontonan yang lebih menarik, korang juga boleh menjadi ahli VIP iQiyi untuk nikmati pelbagai faedah ekslusif seperti skip iklan, langganan berharga RM1.90 untuk bulan pertama, kandungan ekslusif dan tontonan awal, Dolby Atmos, dan HD Penuh (Blu-ray 1080P). Bestnya!

Yang lagi best, iQiyi juga telah melancarkan koleksi terbaru dalam platformnya iaitu LOVE ON yang menampilkan pelbagai kandungan Asia bergenre romantik dari K-Drama, J-Drama dan juga drama-drama tempatan!

Saluran 7 LOVE ON Originals ni juga terdiri daripada pelbagai drama menarik seperti Moonlight, Make A Wish, Love Under The Full Moon, My Roommate Is A Gumiho, Monthly House Magazine dan banyak lagi!

Jadi, kalau korang nak tahu apakah kesudahan drama My Roommate is a Gumiho ni, jangan lupa tonton drama ini setiap Rabu dan Khamis jam 9.40 malam dan tayangan perdana secara ekslusif bermula 26 Mei 2021 ni di iQiyi.com ataupun muat turun aplikasi iQiyi di sini.

SKIP THIS AD ×