berita

Apa Yang Best Pasal Kediaman Baharu Di Gamuda Gardens Ni? Siap Boleh Naik Bot Donut Lagi Kalau Menang Contest!

March 23rd, 2022 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Selalunya kalau nak cari rumah yang bertemakan alam semulajadi ni kebanyakannya dekat kawasan kampung-kampung je. Bukan apa, sekali sekala nak lah juga merasa keindahan alam yang bercirikan kehijauan dan nyaman kan walaupun dekat bandar.

Eh! Siapa kata takde? Ha…ni Gamuda Gardens tawarkan kediaman baharu yang unik dan indah. Korang boleh nikmati udara yang nyaman dan memang kena lah dengan citarasa macam korang nak tu.

Dengar cerita, ramai juga selebriti yang tinggal dan check-in di kawasan ni. Salah seorang nya adalah Amar Baharin tau! Jom check it out satu demi satu apa yang menarik di Illaria Hillside Homes, Gamuda Gardens ni!

Lokasi yang strategik

Korang mesti tertanya-tanya dekat mana kawasan perumahan Illaria ni? Macam menarik je kan. Ha…untuk pengetahuan korang semua, lokasi sebenar perumahan baharu ini terletak di Perbandaran Rancak, Lembah Klang Utara.

Boleh dikatakan kawasan ini sangat strategik sebab korang boleh akses kemana-mana sahaja melalui lebuhraya utama, Lebuhraya Utara-Selatan, LATAR Expressway serta Lebuhraya Guthrie. Kiranya kalau nak pergi ke sesuatu tempat tu mudah dan dekat jugalah.

Kediaman dan rekaan dalaman yang ideal

Sebenarnya ada beberapa jenis rumah yang ada di Illaria Gamuda Gardens ni. Salah satunya adalah kediaman teres 2 tingkat. Memang cantik gila wehhh!

Pelbagai tarikan yang korang boleh nikmati!

Menariknya tentang Illaria ni, mereka kekalkan ciri-ciri yang sangat damai dan korang pun boleh nikmati bersama keluarga pada setiap sudut kawasan tersebut. Antaranya adalah:

1. Private Hill Park 

Private Hill Park dengan keluasan sembilan ekar di atas bukit ini memang sangat indah. Ia menawarkan pemandangan yang menakjubkan dengan bukit serba hijau serta ada lereng bertingkat-tingkat yang jarang sangat korang jumpa dekat tempat lain. 

2. Sakura lane 

Yang ni mesti korang suka! Sakura Lane ini rasa macam dekat Jepun tau. Korang boleh nikmati keindahan bunga sakura dibawah pohon-pohon ini sendiri dengan tenang. Boleh lah bawa family sekali  jalan petang-petang kan? Tak payah nak pergi jauh-jauh dah.

3. Yoga space, hiking & cycling trail

Dekat sini korang pun boleh buat aktiviti Yoga tau untuk dapatkan vibes positif! Dengan pemandangan yang tenang ni, memang sesuai untuk senaman ringan seperti yoga dan regangan.

Bukan tu je, kalau korang nak extreme sikit, boeh je pergi mendaki atau pun berbasikal di kawasan yang disediakan. Tak perlu keluar jauh pun boleh amalkan hidup sihat tau!

4. Bbq & community kitchen

Selain itu, ada juga community kitchen untuk korang ber-BBQ di hujung minggu dengan rakan mahupun keluarga. Bersantai sambil quality time, mesti seronok kan?

5. Co-working pods

Illaria juga menyediakan co-working pod tau! Kalau korang nak rasakan suasana bekerja yang tenang dan selesa, boleh lah kesini. Dah penat bekerja, boleh beriadah pula sebelum pulang ke rumah.

6. Community farm

Bagi yang gemar berkebun, korang boleh buat aktiviti ni bersama-sama dengan jiran-jiran lain yang berada di situ. Ia bukan saja dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan semangat kejiranan tu, malah korang juga dapat tengok dan rasai sendiri hasil tanaman itu bersama-sama mereka.

 7. Children’s & adventure playground

Aktiviti tu semua bukan hanya boleh dilakukan untuk orang dewasa je tau, kanak-kanak pun boleh! Ini kerana, Illaria telah menyediakan kawasan pengembaraan dan taman permainan untuk semua penduduk di situ. Tak kira jenis umur, korang boleh je lakukan aktiviti ini bersama.

Korang nak rasai sendiri pengalaman menarik yang ada di Gamuda Gardens ni? Jom join contest ni!

Ada tak antara korang yang rasai sendiri pengalaman yang menarik di Gamuda Gardens ni? Paling best, korang berpeluang untuk menang tiket untuk menaiki  Donut Boat di taman air Big Bucket Splash yang tersedia di sana tau!

Dengar cerita, Amar Baharin dan juga ramai selebriti lain yang join contest ni jugak tau! Nak tau macam mana? Caranya mudah je, ikut saja langkah dibawah:

  1. Like Facebook Page: Gamuda Gardens & follow IG: @gamudagradensmalaysia
  2. Komen “I want to go on a Donut Boat Ride” dekat Instagram dan Facebook post Amar Baharin
  3. Kemudian, tag 3 kawan korang di bahagian komen

Ha…senang kan? Tarikh berakhir contest ni pada 30 April 2022 tau! Jadi, korang jangan lepaskan peluang ini tau! Nak tau lebih lanjut mengenai Gamuda Gardens ni, korang layari je laman web mereka di SINI atau melalui hotline mereka  03-2727 7471

SKIP THIS AD ×