berita

Apa Yang Dilakukan Pengacara, Juri & Peminat Untuk Zamani Di Gegar Vaganza Memang Undang Sebak

October 29th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dikatakan mempunyai masalah kesihatan, Zamani gagal menyempurnakan persembahan pada minggu kelima Gegar Vaganza. Walaubagaimanapun, juri dan peminat dilihat membantu menghabiskan nyanyian manakala Zamani hanya tunduk dan menangis.

Di media sosial, ramai yang sebak melihat keadaan tersebut dan beranggapan Zamani seorang lagenda yang patut dipuji.

Angkat tangan tanda maaf

Zamani yang sepatutnya mendendangkan lagu ‘Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta’ daripada Flybaits, dilihat mengangkat tangan tanda maaf kerana tidak dapat meneruskan nyanyian. Tindakan juri dan penyokong menghabiskan lagu membuatkan Zamani tersentuh dan hanya menunduk.

Juri, Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk AC Mizal memuji tindakan vokalis kumpulan Slam itu kerana berani tampil ke atas pentas meskipun tahu kesihatan kurang baik.

Sebak

Netizen turut sama sebak melihat semangat yang ada pada penyokong Zamani. Mereka mendoakan semoga penyanyi tersebut segera pulih.

Dengan bantuan imuniti penaja program iaitu Datuk Aliff Syukri, Zamani kekal bertanding pada minggu seterusnya.

Sumber : Muhamad Ali

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×