Penyanyi dan pelakon, Alif Satar, merupakan salah seorang selebriti yang bebas daripada sebarang kontroversi hangat. Peribadi dan sikap lemah lembut yang ditunjukkannya juga sering mendapat pujian peminat.
Namun, baru-baru ini dia dikritik gara-gara bersandar dan menjulur kaki ketika berada di dalam masjid. Alif yang dilihat memegang telefon ketika itu turut menerima teguran ramai.
Alhamdulilah selesa
View this post on Instagram
Alhamdulillah.. seleso. Jangan terlentang ke belakang sudah, malu susah nak cover. P/s Tajuk khutbah harini: Membangunkan asnaf tanggungjawab bersama.
Perkongsian yang dibuat pada Jumaat lalu mengundang kecaman apabila ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya bersandar dan memegang telefon. Tambah netizen lagi, kaki yang menjulur ke arah kiblat adalah tidak sopan.
Di posting lain, penyanyi Sesungguhnya Aku ini menerangkan secara terperinci mengenai keharusan berbaring sambil menyilang kaki di dalam masjid dengan syarat tidak mendedahkan aurat.
Semoga beri manfaat
View this post on Instagram
Salam geng! disebabkan ada perbincangan pasal kaki menjulur dalam masjid lah, dosa sandar dalam masjid, berdosa kaki arah kiblat lah dan macam-macam lagi. Nah alif kongsi dari buku yang Alif baca ‘Kenali Rasul Kita Muhammad’. semoga memberi manfaat kita bersama. p/s alif nak keluar sejadah sandar.. pakat order!
Alif menyertakan gambar beberapa halaman daripada buku ‘Kenali Rasul Kita Muhammad’ yang dibacanya. Di situ diterangkan secara jelas cara duduk seperti Mutarabbi, Muhtabi dan Muq’i.
Sumber : Alif Satar