Pelakon, Adam Corrie menitipkan pesan kepada orang ramai untuk tidak mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

Artikel Berkaitan: Adam Corrie Kesal Berita Palsu Kematian Tersebar Di Internet – ‘Saya Masih Sihat & Aktif Seperti Biasa’

Jadikan pengajaran

Sebaliknya, pemilik nama Adam Corrie Lee Abdullah ini memohon agar orang ramai mendoakan agar masalah rumah tangga mana-mana pihak dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Apabila kita melihat rumah tangga orang lain diuji, sebaiknya kita tidak masuk campur.

Sebaliknya, doakanlah agar mereka diberikan kebahagiaan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketenangan dalam hati mereka, membukakan jalan penyelesaian terbaik, dan ganjarkan mereka dengan pahala atas kesabaran yang mereka tunjukkan saat diuji.

Adam berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG) pada Isnin.

Di akhir perkongsian, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘KL Gangster’ ini berharap agar ujian yang dihadapi sesebuah keluarga dapat dijadikan pengajaran bagi memperkukuhkan lagi ikatan suami isteri.

Dalam masa yang sama, ambillah pengajaran daripada kisah-kisah yang berlaku di sekeliling kita.

Jadikan ia sebagai cermin untuk kita melihat kekurangan diri sendiri, agar kita sentiasa berusaha memperbaiki dan memperkukuhkan rumah tangga kita dengan lebih baik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa setuju dengan pendapat dan nasihat yang diberikan Adam.

Posting Adam Corrie

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Sumber: IG Adam Corrie