berita

Apabila Netizen Bandingkan Lara Alana & Anak Rozita Che Wan

November 3rd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

anak che ta & lara alana

Aih.. Ada juga individu yang mempunyai sikap sebegini rupa kan. Secara logiknya, sudah tentu baby akan mempunyai paras rupa yang comel.

Iri hati atau sengaja mahu mencari publisiti? Itulah persepsi pertama kami apabila kecomelan Lara Alana dibandingkan dengan anak Rozita Che Wan yang baru lahir pada Sabtu yang lalu.

Namun, kami lihat Scha dan Awal mengambil langkah bijak apabila terus memadam komen negatif yang mendakwa bahawa anak Rozita Che Wan lagi comel daripada anak mereka.

lara alana

Malah, followers instagram Lara Alana yang kini sudah mencecah 190 ribu itu turut menyelar perbuatan individu tidak bertanggungjawab itu.

Bagi kami, banding-membanding ni tak sepatutnya terjadi. Iyalah, dua-dua pun anak selebriti. Walaupun masih kecil, dah semestinya mereka mempunyai kelebihan dan peminat tersendiri.

Apa yang paling penting ialah macam mana ibu bapa nak mencorak kehidupan anak-anak mereka di masa hadapan nanti.

P/S: Agaknya nanti ada tak orang nak bandingkan kecomelan anak Fasha Sandha yang bakal lahir tak lama lagi?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×