berita

‘Apalah Salahnya Kalau Anak Saudara Saya Tersilap Tekan Jenis Minyak’

October 16th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Semalam tersebar satu video apabila seorang pekerja di stesen minyak di Sungkai dipukul oleh sekumpulan lelaki oleh kerana salah faham. Menurut laporan polis yang turut tular, mangsa mendakwa bahawa seorang dari kumpulan lelaki ingin mengisi minyak di pam nombor enam tanpa memberitahu jenis minyak yang ingin diisi.

Walaupun sudah meminta maaf, mangsa ditarik keluar seterusnya dipukul sehingga jatuh. Kejadian itu telah menyebabkan mangsa trauma dan tidak ingin keluar rumah kerana malu berhadapan dengan orang ramai susulan kejadian itu tular di laman sosial media.

Sampai hati pukul anak saudara macam itu..

Ibu saudara kepada mangsa pukul di Petronas di Sungkai meluahkan rasa marah dan kesal dengan tindakan sekumpulan pemuda samseng yang memukul anak saudaranya itu. Kejadian tersebut telah menyebabkan mangsa alami trauma serta tidak ingin keluar rumah kerana malu berdepan orang ramai tambahan lagi apabila video di stesen minyak itu tular di laman media sosial.

Sampai hati mereka pukul anak saudara saya disebabkan perkara kecil sebegini.

Anak saudara saya yang saya kenali seorang pemalu. Dia anak pertama daripada tujuh beradik dan bekerja di stesen minyak itu bagi membantu keluarga kerana ramai adiknya yang masih bersekolah.

Apalah salahnya kalau anak saudara saya tersilap tekan jenis minyak yang dikehendaki mereka itu, mereka boleh ke kaunter semula membetulkan dengan cara baik bukannya dengan bertindak kasar.

Saya terkejut apabila mendengar berita kejadian itu dan kini sudah menjadi viral di laman sosial serta masih tidak dapat menerima kenyataan berhubung kejadian itu.

Wanita itu berharap agar pihak polis mengambil tindakan kepada pihak terbabit sebagai pengajaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan tindakan atau keputusan secara melulu seperti kejadian yang berlaku kepada anak saudaranya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintandan Wan Azharuddin Wan Ismail mengesahkan pihaknya telah  menerima laporam berkenaan dan sudah merakam dua percakapan mengenai kes berkenaan, 8 Oktober lalu. Setakat ini, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Polis juga dalam proses menyiapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×