berita

Kerajaan Lancar Aplikasi Bimbing Golongan LGBT Kembali Ke Jalan Benar

October 25th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai LGBT hangat diperkatakan oleh netizen. Golongan tersebut semakin lantang menyuarakan hak mereka kepada masyarakat. Namun ramai juga yang membantah dan melawan golongan ini.

Terbaru, pihak kerajaan mula melancarkan sebuah aplikasi telefon pintar yang membantu golongan tersebut untuk kembali ke jalan yang benar.

Membantu secara rohani

Menerusi laporan World of Buzz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, aplikasi atau e-buku tersebut hanya membantu golongan LGBT secara rohani.

E-buku ini merupakan panduan yang mudah diakses oleh umat Islam untuk kembali ke jalan benar, dan merupakan usaha mengatasi masalah homoseksual. Kami berharap anda akan mendapat pengetahuan dan belajar bagaimana untuk mengambil langkah pertama ke jalan yang betul supaya anda dapat berjaya di dunia dan di akhirat.

Ianya untuk mereka yang mempunyai nafsu songsang, dan keinginan seks yang berdosa. Penulis memberikan bimbingan berdasarkan pengalaman peribadi sebagai kajian kes dan menjelaskan bagaimana dia menangani godaan dan bagaimana menanggung beban perbuatan masa lalu seperti melakukan seks luar tabi’e.

Boleh dimuat turun

Tambah beliau lagi, aplikasi tersebut tersedia di Google Play secara percuma, aplikasi bernama ‘Hijrah Diri – Homoseksualiti’ mengandungi maklumat berdasarkan teori-teori dari ajaran Islam.

E-buku ini bertujuan untuk memberikan bimbingan berdasarkan teori-teori dari ajaran Islam kerana psikologi Barat tidak membincangkan subjek tabu ini.

Ianya terapi atau psikoterapi reparatif, ia adalah pendekatan intelektual berdasarkan pembinaan kesedaran diri, jiwa, dan tingkah laku dengan memahami dan menghayati keindahan dan rahmat Tuhan.

Sumber: World Of Buzz

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×