berita

Aplikasi KFC Versi 2.0: Nikmati 5 Kelebihan Termasuklah Kumpul & Tebus Mata Ganjaran!

October 11th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Siapa je tak kenal KFC? Jenama ayam goreng paling otai di Malaysia.

Sentiasa menjaga servis dan produk mereka untuk kepuasan pelanggan. Tahu tak, kini dengan setiap pembelian KFC melalui aplikasi baharu mereka, korang akan dapat mata ganjaran tapi pastikan korang dah log-in.

Ha! Inilah ciri-ciri baharu yang diperkenalkan oleh aplikasi KFC versi baharu khas untuk pelanggan yang gemar berbelanja melalui aplikasi mereka. Bukan itu sahaja, ada banyak kelebihan lain yang korang dapat bila muat turun dan daftar akaun di aplikasi KFC. Confirm tak rugi!

Tak rugi muat turun… Banyak kelebihan, siap dapat diskaun eksklusif!

Ye betul, memang tak rugi muat turun aplikasi KFC versi baharu kerana korang akan nikmati 5 kelebihan berikut.

1. “Rewards programme” – Order dan kumpul mata ganjaran

Jika dahulu korang cuma boleh buat pesanan menggunakan aplikasi KFC, kini korang dapat lebih kerana KFC telah memperkenalkan fungsi kumpul dan tebus mata ganjaran. Jadi, setiap kali korang buat pesanan di aplikasi terbaharu KFC secara automatiknya korang akan dapat mata ganjaran tapi pastikan korang log-in akaun korang dahulu.

Lagi banyak korang belanja di aplikasi KFC, lebih banyak mata ganjaran yang korang akan dapat.

2. Jimat Deals hanya pada harga RM9.90

Bukan itu sahaja, aplikasi KFC turut memperkenalkan Jimat Deals, di mana korang boleh dapatkan set KFC terpilih hanya pada harga RM9.90. Lepas ni boleh la belanja kawan-kawan sekali.

3. Diskaun sehingga 25% untuk “App Exclusive Offers”

Banyak lagi kelebihan lain yang ditawarkan melalui aplikasi terbaharu KFC, termasuklah “App Exclusive Offers”. Tawaran ini membolehkan korang menikmati diskaun sehingga 25% untuk menu terpilih. Serius… untung giler pesan makanan dengan aplikasi KFC terbaharu ni.

**Promosi tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis.

4. Ganjaran pada bulan kelahiran

Selain kesemua tawaran menarik diatas, korang yang muat turun dan mendaftar akaun di aplikasi KFC terbaharu juga akan menerima ganjaran istimewa pada bulan kelahiran korang.

**Promosi tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis.

5. Potongan RM10 bagi pengguna baru.

Khas buat semua pengguna baharu aplikasi KFC, korang akan dapat potongan RM10 bagi pembelian pertama korang. Pastikan korang tak lepaskan peluang untuk menikmati potongan RM10 ini dengan muat turun aplikasi KFC sekarang juga.

Bagi korang yang dah guna aplikasi KFC sejak dulu lagi, korang boleh la update aplikasi KFC korang kepada (versi 2.0) ini. Korang boleh gunakan login dan password yang sama je tak perlu daftar lagi. Akaun lama tu masih valid digunakan dan korang akan turut bersama-sama menikmati kelebihan-kelebihan diatas.

Tak perlu beratur…Tap-tap, abang delivery hantar order sampai rumah!

Banyak giler kan kelebihan bila korang membuat pembelian melalui aplikasi KFC? Paling penting, dah tak perlu beratur dan menunggu. Sebaliknya, makanan akan terus sampai ke rumah. Jimat masa dan jimat tenaga. Tak ke untung tu?

Jom order sekarang dan nikmati ayam goreng KFC kegemaran korang bersama insan tersayang hari ini. Bagi yang belum memiliki aplikasi KFC, jom muat turun aplikasi KFC terbaharu (versi 2.0) untuk menikmati pelbagai promosi dan mata ganjaran sebagai pelanggan setia KFC hari ini juga.

Link muat turun ada dibawah.

IOS: KFC Malaysia

Android: KFC Malaysia

SKIP THIS AD ×