berita

Aplikasi Waktu Solat Malaysia Permudah Proses Ibadah Umat Islam Sepanjang Aidilfitri

May 12th, 2022 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Di dalam keseronakan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti ada di antara kita yang bimbang dan ingin mengetahui waktu solat yang tepat tatkala sedang sibuk menziarahi sanak saudara mahupun jiran tetangga. Dengan adanya aplikasi Waktu Solat Malaysia, segala kebimbangan korang dapat dipermudahkan.

Tak perlu ragu dan bimbang waktu solat

Aplikasi Waktu Solat Malaysia merupakan aplikasi mesra pengguna yang mudah buat umat Islam untuk mengetahui waktu solat setiap hari. Bukan sahaja waktu solat, aplikasi ini juga dilengkapi dengan al-Quran digital, arah kiblat dan petunjuk lokasi masjid berdekatan di mana sahaja korang berada. Di samping itu, korang yang gemar mendengar azan serta memeriksa jadual waktu solat di telefon boleh muat turun aplikasi ini. Ini kerana, waktu solat yang terdapat di aplikasi ini adalah tepat.

Al-Quran digital

Aplikasi Waktu Solat Malaysia juga didatangkan dengan al-Quran digital lengkap 30 juzuk yang memudahkan pengguna membaca ayat suci Al-Quran di mana sahaja setiap hari. Selain itu, aplikasi ini turut dilengkapi dengan panduan wirid dan zikir yang dibaca selepas solat serta doa selepas solat, doa qunut dan doa azan.

Turut disertakan juga fungsi sumber ilmu yang memaparkan potongan video membicarakan topik agama daripada rancangan Tanyalah Ustaz yang ditayangkan di rangkaian televisyen Media Prima. Pengguna juga boleh menonton rancangan tersebut secara langsung di aplikasi Waktu Solat pada setiap hari, jam 6.30 pagi.

Memandangkan Hari Raya masih belum tamat, apa kata korang gunakan aplikasi Waktu Solat Malaysia sebagai panduan untuk mengerjakan ibadah di mana sahaja korang berada. Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google Play, Huawei AppGallery dan App Store hari ini.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×