berita

Apokalips X Lancar Peranti Permainan Di Telefon Pintar

April 23rd, 2014 | by Ai
Kini Trending

apoakalips x games photo4

Dah tengok filem Apokalips X? Kalau belum, baik anda serbu pawagam-pawagam terdekat sementara filem ini masih ditayangkan.

Tapi sementara itu, tahukah anda filem arahan Mamat Khalid itu juga menjadi inspirasi kepada sebuah peranti permainan untuk telefon pintar dan tablet dikenali sebagai Apokalpis X – Larian Maut.

Permainan ini diambil berdasarkan karakter-karakter yang terdapat dalam filem tersebut yang berlatar-belakangkan perang nuklear.

Sequence 7

Pengguna boleh bermain karakter X yang dilakonkan oleh Farid Kamil dengan membantunya melawan musuh-musuh seperti Kala dan rakan-rakannya.

Selain daripada itu, pemain juga boleh mengumpul seberapa banyak mata dan menunggang motosikal X untuk mengharungi segala cabaran dari mengelak bertembung dengan Kala atau musuh-musuh lain.

Sama seperti permainan-permainan yang lain, objektif utama permainan ini adalah untuk mengukur sejauh mana X bertahan dan mengutip mata tertinggi.

Sequence 8

Buat mereka yang gemar bersaing dalam permainan seperti ini, anda boleh memuat Apokalips X -Larian Maut dengan menggunakan langkah-langkah seperti di bawah:

  • Klik pada App Store atau Play Store untuk memuat turun atau melayari di laman sesawang Go Play
  • Cari aplikasi Apokalips X – LARIAN MAUT
  • Klik dan mula muat turun