berita

Aqeesh Aleeya ‘Lelah’ Dengan Hubungan Cinta

April 18th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bakat penyanyi muda ini tidak boleh dipandang sepi. Aqeesh Aleeya, 20 atau nama sebenarnya Nur Balqis Aleeya Shahrom mula membabitkan diri dalam industri hiburan tanahair sejak berusia 9 tahun lagi ketika menyertai pertandingan ‘Bintang Kecil 2013 dan 2014’.

‘Lelah’

Terbaharu, Aqeesh muncul dengan single terbaru berjudul “Lelah” hasil ciptaan sepenuhnya oleh komposer ternama, Sharon Paul dan Mim Hamzah.Menurutnya, lagu “Lelah” adalah single bergenre balada dengan gabungan muzik moden dan klasikal.

Lagu ini mengisahkan tentang perasaan seseorang perempuan yang sudah penat ataupun lelah dengan hubungan bersama pasangannya yang selalu menyakitinya dan menghancurkan hubungan ini.

Bagi saya, semua single yang pernah dihasilkan mempunyai kelebihan tersendiri dan untuk lagu Lelah ini kelainannya adalah ia diselitkan sikit gabungan muzik moden dan klasikal.

Berkongsi lanjut mengenai lagu “Lelah”, Aqeesh mengakui bekerjasama dengan komposer Sharon Paul adalah pengalaman yang cukup berharga.

Antara pengalaman berharga merakamkan single ini adalah saya dapat bekerjasama dengan komposer terkenal Sharon Paul yang banyak memberikan ilmu baharu ketika merakamkan lagu ini.

Ini kali kedua saya bekerjasama dengan Sharon. Dia sangat baik dan senang bekerjasama dengannya. Cabarannya ialah sehari sebelum rakaman lagu ini saya mengalami demam dan selesema. Selain itu, saya perlu bergegas selepas kuliah dari kampus di Negeri Sembilan ke studio rakaman di KL.

Lebih menarik, lagu “Lelah” turut tersenarai antara lagu tema drama rantaian ‘Rindu Kasih 2’.

Harapan saya untuk lagu Lelah adalah semoga lagu ini dapat diterima oleh semua orang dengan hati terbuka dan dapat faham perasaan yang saya cuba sampaikan melalui lagu ini. Selain itu, saya berharap pendengar dapat juga mengaitkan perasaan dan emosi mereka menerusi lagu ini.

Single “Lelah” nyanyian Aqeesh Aleeya yang diterbitkan Nova Music kini boleh distrim di semua pelantar penstriman muzik. Video muzik rasmi “Lelah” juga boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×