berita

Aqil Mengaku Tak Pernah Bercinta, Mahu Jadikan Iliya Orang Pertama & Terakhir Dalam Hidup

April 22nd, 2024 | by Amirul Asraf
OB Eksklusif

Youtuber popular iaitu Aqil Zulkiflee mengakui bahawa dia tidak pernah bercinta dengan mana-mana gadis selama ini. Disebabkan itu, dia nekad untuk melamar Iliya sebagai tunang dan mahu menjadikan gadis tersebut sebagai orang pertama dan terakhir dalam hidupnya.

Artikel Berkaitan: ‘Dah Ramai Tahu Alamat Rumah Tunang, Sampaikan Budak-Budak Datang Cari’ – Aqil Zulkiflee Minta Netizen Hormat ‘Privasi’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kau Ingat Aku Tak Tahu Rumah Kau Dekat Alor Setar? Nanti Polis Datang’ – Aqil Zulkiflee

Nikah tahun ini juga

Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Aqil berkata, dia akan bernikah pada tahun ini juga.

Ye tahun ni. Kami kenal di media sosial sahaja. Kami berkawan sejak hampir tiga tahun lepas. Dah kawan lama cumanya masing-masing tidak berharap. Aqil tak pernah bercinta dengan sesiapa pun. Selama ni Aqil kawan dengan ramai orang. Bila Aqil fikir untuk ambil langkah seterusnya, Aqil terus confess dan nak jadikan dia orang pertama dan terakhir dalam hidup Aqil.

Disoal mengenai ciri-ciri istimewa yang ada pada diri Iliya, Aqil memberitahu dia suka pasangan yang memahami, menjaga agama dan sentiasa mengamalkan kehidupan bersederhana.

Dia selalu tengok Youtube Aqil sebab Aqil nak pasangan hidup yang memahami kerja dan life Aqil. Di samping itu, dia semestinya yang menjaga agama. Aqil dah selidik sepanjang perkenalan. Akhir sekali, sentiasa bersederhana dalam kehidupan seharian.

Diminta untuk mengulas mengenai kekecewaan peminat apabila merka tahu Aqil sudah pun bertunang, anak kedua daripada lima adik beradik ini berjanji akan terus menghiburkan peminat ciliknya meskipun sudah bergelar suami nanti.

Kebanyakan peminat Aqil daripada kalangan budak-budak. Mereka anggap Aqil ni macam abang sendiri dah sebab hiburkan mereka tiap hari di Youtube. Bila Aqil tunang, mungkin mereka rasa Aqil akan berhenti buat video dan lupakan mereka. Jangan risau ye adik-adik semua, Aqil tetap akan terus hiburkan adik-adik semua sampai bila-bila. Doakan Aqil juga ye.

Di akhir temu bual, OhBulan sempat bertanya mengenai perkembangan Aqil sekarang. Ujar Aqil, dia semakin dikenali selepas meraih kemenangan di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34.

Alhamdulillah Aqil semakin dikenali ramai dan bisnes semakin maju. Bila makin ramai yang kenal, Aqil kena lebih berhati-hati dari setiap sudut dan tindakan yang dibuat. Aqil berharap agar kita semua saling hormat antara satu sama lain walaupun hanya di media sosial.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×