berita

‘Are you serious? Bulan Puasa Ni’ – Mona Allen Dapat Tawaran Iklan Judi

April 19th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini pelakon Mona Allen telah mendedahkan dirinya juga pernah dihubungi oleh pihak ejen syarikat perjudian yang ingin bekerjasama dengannya dalam satu projek pengiklanan mengenai perjudian.

Ditawarkan kerjasama dengan syarikat perjudian

Menerusi posting yang dikongsikan di Instagram Story, seorang wanita yang merupakan pengurus di sebuah syarikat perjudian casino cuba untuk menawar Mona bagi bekerjasama projek pengiklanan menerusi akaun TikTok Mona.

Tambahnya lagi, Mona akan dibayar mengikut upah bulanan untuk iklan terbabit dan kemudiannya Mona menolak tawaran tersebut.

‘Are you serious? Bulan puasa ni?’

Akibat berang dengan tawaran tidak masuk akal berkenaan, isteri kepada Pekin Ibrahim membalas mesej tersebut dengan mempersoalkan tawaran itu.

Casino? Are you serious? Bulan puasa ni, awak ni bukan muslim ke?

Setelah mengetahui Mona berang dengan tawaran tersebut, wanita itu dengan pantas memohon maaf dan terus menamatkan perbualan antara ‘mereka berdua.

Mintak maaf ya sis, tak minat tak apa sis. Maaf ya sis dah ganggu sis.

‘Dapat offer iklan judi’

Sumber : Mona Allen

SKIP THIS AD ×