berita

“Argghh! Malasnya Nak Pergi Kerja..” – Ini 8 Cara Untuk Korang Atasi Monday Blues

April 15th, 2019 | by Fella Zainal
Kini Trendy

aaa monday blues!

Monday blues, benda yang selalu kita hadapi kan? Rasa malas je bila tibanya hari Isnin. Habis semua bendalah kita jadi malas. Bangun malas, mandi malas, pergi kerja malas, buat kerja pun malas.

Haihh apalah nak jadi dengan kita semua kan? Ya bukan korang je, sis Katty pun hadapi jugak masalah ni. Tapi jangan risau okay! Sis Katty ada tips nak mulakan hari Isnin tanpa Monday blues. 

1. Kenal pasti masalah korang

kenal pasti masalah

Point yang pertama ini memang yang paling penting. Korang kena kenal pasti masalah korang. Tapi kalau whole week korang ada monday blues, tu dah kira serius. Ada la tu benda yang tak puas hati kat tempat kerja dan korang kena betulkan. Kalau tak boleh jugak, better korang move on dan cari tempat kerja baru. 

2. Siapkan kerja Isnin depan pada hari Jumaat minggu ni

siapkan kerja isnin pada hari jumaat

Hari Jumaat hari paling banyak free time, so luangkan masa tu dengan menyiapkan kerja hari Isnin akan datang. Bukan apa, Isnin memang hari paling sibuk untuk semua orang. At least bila korang masuk kerja minggu depan, takdelah rasa macam banyak sangat benda yang nak kena buat kan.

3. Senaraikan perkara yang buat korang excited

listkan apa yang korang excited nak buat

Korang boleh buat senarai bernda yang korang excited nak buat pada minggu berikutnya. Dengan cara ni, bolehlah menaikkan semangat korang dan mewujudkan mood yang positif. Chaiyok!

4. Chill je waktu hujung minggu tu okay!

berehat

Bila balik kerja hari Jumaat tu, make sure korang tinggalkan semua masalah kerja kat office. Jangan sesekali bawak balik masalah kerja ke rumah. Hari minggu adalah hari di mana semua orang beristirehat. Chill okay!

5. Dapatkan tidur yang cukup & bangun awal

tidur awal untuk berjaga awal

Okay! Ahad malam korang kenalah tidur awal sikit supaya korang dapat tidur yang mencukupi. Kalau tidur tak cukup, korang memang akan rasa malas gila nak bangun pergi kerja. Nanti mesti korang akan snooze alarm :p

6. Dress for success

dress for success

Haa..Setiap Isnin sis cadangkan korang pakai baju kegemaran korang. Dengan cara ni, boleh bantu bina keyakinan diri korang di pejabat. Mana tahu dapat pujian kan, senyum sampai ke malam lah korang. Haha :D

7. Be positive

be positive, listening to music

Mulakan minggu korang dengan benda-benda yang positif. Ambik masa untuk hargai semua perkara yang korang suka bab kerja. Masa on the way nak pergi kerja tu, boleh dengar lagu kegemaran korang. Baru boleh naikkan mood dan semangat korang nak kerja.

8. Have fun kat tempat kerja

have fun at work

Buat benda yang boleh buat korang happy. Bawak karipap jamu officemates pun dah boleh buat korang happy tau! Bila ada free time, cari topik yang korang boleh sembang dengan officemates. Kerja tu tak payah nak stress sangat okay!

yay done

Okaylah! Sis done share cara nak elakkan korang rasa monday blues. Lepas ni jangan malas-malas dah nak hadapi hari Isnin. Yang penting jangan lengah-lengah kerja, buat kerja dengan pantas. So takdelah korang stress. Good luck!

Macam biasa, jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.