Selepas lapan minggu bersaing, Ariel Fesol dinobatkan sebagai juara program nyanyian Big Stage Alpha pada malam kemuncak yang berlangsung di Royal Theatre Shah Alam, pada Ahad.

Artikel Berkaitan: Syafeek Ikhwan Jadi Peserta Paling Berusia, Umur 37 Bukan Penghalang Bersaing Dengan Gen-Z

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Dedah Mengapa Tidak Jadi Juri Big Stage Musim Ini

Juara Big Stage Alpha

Menerusi kejuaraan itu, Ariel, 27, berjaya membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Persembahan Ariel menerusi lagu I Don’t Wanna Miss A Thing berjaya memukau barisan juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, Edry Abdul Halim dan Hael Husaini serta juri jemputan, Marsha Milan.

Saya tunggu momen ini selama 16 tahun, saya masuk pelbagai pertandingan tapi semua tidak berjaya. Akhirnya Allah bagi rezeki kepada saya malam ini (Ahad).

Sementara itu, naib juara dimenangi oleh Ray-D dan berjaya membawa pulang wang berjumlah RM20,000 beserta trofi.

Tempat ketiga dan keempat pula dimenangi oleh Rizal Rasid dan Daniel Sher dengan masing-masing membawa pulang wang berjumlah RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Manakala, tempat kelima dan keenam milik Araff dan Izat Ibrahim dengan masing-masing membawa pulang wang berjumlah RM5,000 setiap seorang berserta trofi.

Dalam pada itu, Afiq Sky sekadar berada di tempat ketujuh dengan membawa pulang wang bernilai RM3,000 dan trofi.

Kesemua mereka bakal membuat debut pertama sebagai sebuah kumpulan yang digelar Alpha-7 dan bakal menjalani latihan insentif di Korea Selatan.