
Pengarah, Ariff Zulkarnain tampil mendedahkan keperibadian pelakon berbakat besar, Amerul Affendi yang disifatkannya sebagai seorang insan yang sangat merendah diri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pernah Rasa Macam Tak Wujud, Tapi Saya Berubah Selepas Join Teater’ – Amerul Affendi
Artikel Berkaitan: Suara Amerul Affendi Didengari, Pengurusan Panggung Lanjutkan Filem 6 Jilake Bagi Tontonan Umum
Perangai baik
View on Threads
Menurut Ariff, hubungan mereka sebenarnya telah bermula sejak lebih sedekad yang lalu, ketika dia masih bergelar penuntut di sebuah kolej.
Kata Ariff, Amerul merupakan pelakon paling lama yang dikenalinya dalam industri.
Amerul Affendi adalah pelakon yang paling lama saya kenal sebenarnya.
Tahun 2011, waktu saya siapkan projek akhir kolej, dia sudi bantu saya berlakon dalam filem pendek arahan tanpa bayaran, percuma.
Puji Ariff, meskipun pada ketika itu Amerul sudah pun mempunyai nama dalam industri seni namun dia tetap sudi membantu seorang pelajar yang tidak dikenali.
Walaupun dia waktu itu sudah berlakon filem dan televisyen dan dia tak kenal pun saya siapa.
Percayalah, tuhan buka rezeki seluas-luasnya untuk orang yang baik.
Terdahulu, Amerul meluahkan rasa syukur kepada Ariff kerana memberinya peluang untuk memainkan watak diluar kebiasaannya.
Sumber: Threads






![[VIDEO] ‘Saya Harap Kebenaran Akan Berpihak Kepada Kami’ – Caprice](https://asset.ohbulan.com/2026/08/caprice-3.jpg)

