berita

Aril Enggan Komen Isu Kembali Bercinta Dengan Bekas Teman Wanita

November 8th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bekas Naib Juara Akademi Fantasia Musim ke 7, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan yang mengatakan dia kembali menjalin hubungan dengan bekas teman wanita yang dipanggil Ju.

Menurut sebuah laporan media tempatan semalam, Ju dikatakan telah menghadiri majlis ulang tahun Aril ke-27  yang telah dianjurkan oleh keluarganya di kediaman Allahyarham Izwan di Pandan Mewah, Ampang pada hujung minggu lalu.

“Saya tak tahu dan tak ada pada majlis tersebut. Jadi saya tak dapat nak pastikan jawapan sebenar. Apa yang penting, kawan-kawan tu biasa la.”

“Saya pun tak nampak dengan telus lagi untuk menjalinkan hubungan kearah itu. Jadi, saya tak nak komen apa-apa mengenai perkara macam ni.”

Namun begitu, Aril akui Ju memang rapat dengan keluarganya sejak dahulu lagi. Mungkin disebabkan itu, keluarganya menjemput Ju untuk turut serta dalam majlis tersebut.

Merujuk perkembangan terbaru, Aril secara rasminya bakal menjadi salah seorang penyampai radio Era FM pada 11 November ini bermula 6 petang hingga 10 malam.

“Saya rasa gembira dan bersyukur sangat, Alhamdulillah.”

“Sebelum ni memang pernah menyimpan hasrat untuk menjadi DJ, sebab radio pun salah satu cabang dalam industri hiburan, jadi apa salahnya mencuba.”

“Sebagai DJ, saya tak perlu nak sediakan dialog dan sebagainya, apa yang penting kita tahu apa input yang kita nak sampaikan. Jadi ambil mana yang penting je la,” ujar Aril mengenai persediaannya bergelar DJ radio.

Memandangkan Aril juga terlibat dalam bidang nyanyian, jadi timbul persoalan tidakkan jadualnya selepas ini akan bertambah padat sehingga dirinya tiada masa untuk memenuhi undangan nyanyian?

Lantas Aril menjawab, “Setakat ni jadual saya memang tak ada yang bertindih. Lagipun, kalau saya ada undangan nyanyian pihak radio boleh bagi kelonggaran untuk saya dan semuanya akan dipertimbangkan. Jadi, tak ada masalah di situ.”

SKIP THIS AD ×