Pelakon dan penyanyi, Arnie Shasha memohon maaf kepada orang ramai berhubung isu pergaduhan antara dia dengan rakan seindustri, Qistina Raisah yang kecoh di media sosial, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Qistina Raisah Dedah Pengikut Mencanak Naik Hampir Sejuta Di TikTok Lepas Video Simbah Air Ke Muka Arnie Shasha Tular
Artikel Berkaitan: Qistina Raisah Ditegur Netizen, Foto Posing Nampak Ketiak Mengundang – ‘Nak Pakai Apa Pakailah, Jangan Upload Yang Terdedah’
Mohon maaf
Arnie, 19, berkata, video Raisah menyimbah air ke mukanya merupakan sebahagian daripada gimik pelancaran lagu sulung serta muzik video miliknya berjudul Lepak.
Ujarnya, lagu berkenaan sudah dua tahun diperam sekali gus memerlukan bahan promosi yang ‘mengundang’ untuk diperkenalkan kepada umum.
Saya mohon maaf banyak tipu netizen, saya tak sangka video itu tular. Saya tak sangka video itu menjadi sangat viral.
Ramai bagi komen tapi saya terima apa sahaja orang nak cakap, saya harap kalian terima maaf saya.
Semua ini adalah rancangan pengurus serta syarikat pengurusan. Saya ikut sahaja yang terbaik seperti dicadangkan.
Kalau gimik ini menyebabkan ada yang tidak menerima saya, tak mengapa tetapi saya tetap akan teruskan karier lakonan dan nyanyian.
Arnie berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu Lepak yang berlangsung di sekitar ibu kota, pada Khamis.
Jangan kecam Qistina
Dalam pada itu, Arnie berharap netizen berhenti mengecam Qistina susulan penularan video tersebut.
Jelas Arnie yang juga anak kepada penerbit Datuk Rosmarayu Mokhtar, Qistina hanya menjalankan tugasnya sebagai pelakon tambahan.
Sebelum merancang gimik ini kita dah berbincang dengan Qistina dan dia juga bersetuju apabila boleh memberikan komitmen selain sangat profesional.
Tapi saya mohon jangan kecam Qistina kerana secara realitinya dia seorang yang baik dan cuma ikut kehendak cerita.
Tembus bidang muzik
Berkongsi lanjut mengenai lagu Lepak, Arnie memberitahu ini merupakan pertaruhan pertamanya untuk tembus ke bidang muzik.
Saya memang suka menari dan menyanyi. Ini merupakan lagu sulung saya untuk menceburi bidang muzik.
Sebelum ini saya hanya aktif sebagai pelakon dan sekarang masih aktif juga berlakon.
Saya suka mencuba pelbagai bidang untuk kembangkan lagi bakat dan minat yang ada. Saya juga ada belajar vokal untuk menyanyi.
Sebelum ini, wakil pengurusan Arnie mengundang pengamal media ke satu sidang media tergempar dengan alasan mahu mempertemukan Arnie dengan Qistina kononnya agar mereka dapat berbaik-baik semula.
Terdahulu, Arnie meluahkan rasa berang dan tidak lagi mampu menahan sabar dengan sikap rakannya iaitu Qistina yang didakwa sering mendedahkan aib dirinya kepada orang lain.
Tidak lama kemudian, tular sepotong video pergaduhan antara mereka yang memaparkan Qistina menyimbah air ke muka Arnie.